BAB 46

28.5K 2.4K 160
                                    

"Awal kamu hari ni Andy." Samar-Samar cahaya mentari di balik pergunungan timur Feyre kelihatan di dini hari buat bayang seorang jejaka yang baru tiba di gerbang perkampungan kelihatan dari jauh. Andy sengih sahaja.

"Gerbang dah buka?" Soal Andy. Biasanya setiap pagi mereka akan buka pintu gerbang untuk penduduk keluar mencari barang keperluan, tetapi mereka akan tetapkan jadual, siapa yang akan keluar dan hanya ketua keluarga yang dibenarkan.

"Alang-alang kamu dah sampai awal. Kamu lah buka." Ujar lelaki separuh umur itu.

"Baik!" Andy meletak barang sebelum dia mencapai roti lalu disua ke mulut.

"Hakim tak sampai lagi? Bagi pakcik tolong kamu buka Gerbang." Ujar Pak Cik Brian.

"Terima Kasih Pak Cik." Andy menghabiskan roti sarapannya sebelum bergerak membuka kayu gerbang. Pintu gerbang tinggi setinggi dua lelaki memerlukan tenaga dua orang lelaki sehingga ia terbuka.

Bunyi keriukan kedengaran dari besi-besi lama gerbang kayu itu.

"Lepas ni Pakcik balik lah, muka Pak Cik nampak penat." Tegur Andy melihat wajah tua itu tetap teguh berkhidmat dalam Lorcan walaupun sudah berusia.

"Ia, Pak Cik tunggu Hakim datang dulu baru Pak Cik beredar." Balas Pak Cik Brian. Andy senyum lantas mengangguk kepalanya.

Sebaik pintu gerbang dibuka penuh, dan sebaik itu juga dua lelaki itu tergamam melihat satu tubuh terkulai di atas tanah, tepat dihadapan pintu gerbang.

"Ada orang!!" Jerit Pak Cik Brian buat mereka yang duduk di menara tertoleh kebawah. Serentak itu semua turun melihat orang dimaksudkan lelaki itu.

Andy mengeluarkan senjatanya sebelum berhati-hati mendekati jasad terbaring di atas tanah itu. Dia memandang sekeliling takut-takut ada lagi perkara yang mereka terlepas pandang.

"Siapa dia?!" Soal seorang tentera Lorcan sebaik turun dari menara, dia sendiri bahkan tidak perasan kehadiran mana-mana manusia sejak malam tadi.

"Dia pengsan?" Pak Cik Brian memandang Adri, tubuh itu terbaring di tanah dan wajahnya ditutup helaian rambut.

"Mungkin." Andy duduk meraba nadi di leher wanita itu. Lemah.

Dia tarik tubuh itu sebelum rambut wanita itu  diselak. Seketika kesemua mereka membulat mata dan tergamam.

"Maria!!"

"Kapten!"

"Bawa dia Andy!" Pak Cik Brian mengeluarkan arahan. Walaupun Maria sudah dihalang memasuki Timur Feyre, tetapi Daud tetap berpesan, jika Maria kembali, bawa wanita itu masuk walau bagaimana keadaanya.

Andy pantas mengangguk sebelum tubuh Maria dicepung lantas dibawa masuk ke dalam Gerbang.

•••

"Slurpp!" Bunyi seseorang sedang menikmati maggi buat wajah Noah berkerut-kerut terjaga dari lena. Kepalanya terasa begitu berat sekali sehingga matanya sukar untuk dibuka.

Noah pandang ke sisi melihat Remy tenang makan maggi di dalam biliknya. Dia merengus.

"Kau makan dalam bilik aku lagi Remy." Noah letak lengan di atas kepala. Matanya terkebil-kebil memandang syiling.

"Ku tunggu dudamu untuk makan maggi di dalam bilikmu." Jawapan spontan Remy mengundang jelingan Noah.

Noah kembali hela nafas berat. Dia termenung merenung syiling. Kepalanya kosong. Terlalu kosong.

"Jadi aku ditinggalkan...?" Terluah keluhan dari bibirnya. Remy berhenti menikmati mee segeranya lantas mengangkat wajah memandang Noah.

"Hm, nampaknya macam tu lah. Tau yang mengalah bukan?" Soalan dibalas soalan.  Noah diam tidak menjawab.

GAVRIELWhere stories live. Discover now