ANGEL EYES 7

18.2K 1.8K 176
                                    

"Adeen.." Jantung berdetak laju sebaik Adham yang memandu keretanya sudah masuk keperkarangan rumah. Sebaik kereta dibrek, tak menunggu Angel terus meluru keluar dan berlari masuk ke dalam rumahnya.

Adham dan Ryan berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya turut keluar dari perut kereta dan keluarkan senjata pistol masing-masing. Mata keduanya meliar memandang sekeliling memastikan kawasan rumah itu sudah selamat dari apa-apa perangkap ataupun masuh.

"Darah," Ryan duduk memandang titisan darah di atas lantai dihadapan pintu rumah sebelum kepalanya diangkat memandang tompokam-tompokan darah sudah penuh memenuhi ruang rumah.

"A..apa telah.." Adham hilang kata.

"Angel!" Serentak kedua lelaki itu meluru masuk mendapatkan susuk gadis itu.

"Adeen!!!" Angel terduduk melihat Adeen berlumuran darah bersandar pada dinding di sebelah meja yang terletaknya telefon rumah. Tangan berlumuran darah itu masih memegang telefon, mungkin itu panggilan yang dibuat Adeen tadi, perkara terakhir yang lelaki itu mampu lakukan.

"Adeen!" Terketar-ketar tangan Angel memegang pipi lelaki remaja itu. Baju dipakai Adeen masih baju sekolah, baju kali terakhir yang dia lihat pagi tadi.

"Dia masih boleh diselamatkan!" Suara seseorang di sebelah buat Angel tersentak dan berpaling memandang Adham yang sedang memeriksa nadi Adeen.

"Tolong dia.." Melihat mata berkaca dan renungan penuh pengharapan Angel buat Adham segera mengalih anak matanya.

"Tolong dia Adham, sa..saya merayu."

"Ya aku tahu." Adham menolak sedikit tubuh Angel sebelum dia memeriksa tubuh Adeen. Melihat kesan lebam dan gores luka, remaja lelaki itu pasti telah dipukul atau dihempas dengan sesuatu yang keras.

"Aku tak boleh bawa dia terus ke hospital. Dalaman dia luka dan sebaiknya kau call ambulans. Kita tak boleh bawa dia sesuka hati." Arah Adham dan sebaik itu juga Angel laju mengangguk kepalanya dan mencapai telefon rumah dari tangan Adeen lantas membuat panggilan.

Jantungnya tak usah dicakap, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapah resahnya dia saat itu.

Sebaik membuat panggilan Angel terduduk mencari nafas. Hari itu terasa begitu sempit buatnya. Segala yang berlaku buat akalnya tidak dapat bekerja.

Duvan pasti sedang ingin mengancamnya.

"Angel." Tak lama dia mencari nafas, sekali lagi namanya di panggil Ryan dari satu sudut. Adham yang duduk memeriksa Adeen turut berpaling.

"Angel." Sekali lagi namanya diseru buat Angel berpandangan dengan Adham dan bangun menuju ke arah si pemanggil.

"Ada ap.. arhh!!" Membulat mata Angel melihat apa dihadapan matanya. Dunia seakan terhenti, anak mata bergerak-gerak cuba mencerna dan memerhati gerangan tubuh itu. Air mata tanpa dipinta mengalir laju.

Dunia apakah ini?

"ZAEL!!" Belum sempat Angel menerpa Ryan terlebih dahulu menarik tubuh itu menghalang Angel mendekati.

"Zael!! Zael!!  Arhhh!!" Air mata tak dapat lagi dibendung. Jiwanya rasa hilang melihat jasad Zael dalam keadaan sangat menyayat hati. Walau tubuh itu mungkin tidak mampu dicam dengan mata kasar, dia kenal tangan yang sudah terpisah dengan tubuh itu. Dia kenal rambut Zael. Dia kenal semua ada pada tubuh mayat itu.

Adham yang baru menapak turut memejam matanya sendiri. Dia sebagai tentera pun bahkan tidak sanggup melihat keadaan mayat itu.

"Zael.. Arghh!!! Tolongg.." Tak betah menarik tubuh Angel yang meronta ingin mendapatkan mayat Zael. Ryan merengus sebelum menarik Angel dalam pelukannya. Kepala Angel ditekup pada bahu menutup mata itu dari terus menatap keadaan tragis dihadapannya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now