BAB 32

27.1K 2.4K 52
                                    

BANG BANG!!

Maria perlahan-lahan membuka matanya sebaik rasa ada percikan terkena pada wajahnya. Pegangan ketat dirasa pada tubuhnya tiba-tiba melonggar sebelum matanya menatap lelaki-lelaki disekeliling tergamam melihat susuk bertopeng tak jauh dari mereka. Hadir tanpa seorang pun menyedari.

"Kau siapa?!" Lelaki Duvan yang sudah tercedera di peha tadi mencapai pistol lalu diacu pada lelaki bertopeng itu tapi belum sempat dia melepaskan tembakan.

'BANG!!'

Satu tembakan terkena pada tapak tangan lelaki itu buat pistol di tangan lelaki Duvan itu terlepas dan darah memercik keluar.

"Arghh! Tak guna!" Pekik lelaki itu.

Maria tangkas memberi tendangan pada lelaki yang mengunci kakinya. Sebelum dia bangkit mengejut dan menolak lelaki yang mengunci tanganya tadi kedinding. Mulut lelaki itu ternganga kesakitan dihentak pula oleh siku Maria di bahagian abdomennya.

Maria bergerak mencapai pistolnya sebelum dia menempak lelaki yang terhentak didinding itu.

Kini tinggal 3 lelaki yang masih belum dia tewaskan atau mungkin 4. Lelaki bertopeng yang dia masih belum dia tahu siapa geranganya. Dia mungkin juga musuhnya kelak.

"Bunuh dia!!" Lelaki yang kini tercedera parah tadi pasti ketua mereka yang dari tadi memberi arahan buat orang-orang bawahanya.

Maria berpaling memandang 3 orang lelaki cuba menyerang lelaki bertopeng itu tapi. Lelaki itu tenang berdiri tidak terancam dengan gerakan mereka. Dahi Maria sedikit berkerut sebelum..

Bang!! Bang!! Bang!! Bang!!

Muncul dua orang lelaki bertopeng dari arah belakang dinding melepaskan berdas-das tembakan. Maria duduk melindungi diri. Apabila keadaan jadi sunyi dia perlahan-lahan mengangkat wajah melihat kesemua mereka sudah rebah tidak bernyawa hanya tinggal lelaki yang tercedera itu yang masih bernyawa. Kini ada lelaki bertopeng dihadapanya.

Dia kaku melihat ke arah mereka. Situasi itu sama seperti saat itu. Saat dimana ibu dan ayahnya dibunuh oleh lelaki-lelaki bertopeng. Dan dia hanya mampu melihat dari celahan tempat persembunyian. Rasa sakit itu masih utuh sehingga hari ini.

Bibir Maria sedikit bergetar sebelum dia mengangkat pistolnya lalu diacu pada lelaki-lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa kali ini air matanya mengalir dipipi. Takut? Tidak. Tapi hanya sakit yang dia rasakan. Rasa yang memberontak di dalam diri mahu akhiri segala kekejaman dunia itu. Rasa yang tak dapat dia tunaikan.

"Siapa kau?!!"
Angin menyerbu tidak mengundang rasa dingin pada tubuhnya yang tidak berbaju dan hanya berbra yang belum sempat ditanggalkan lelaki-lelaki durjana itu. Kini tubuhnya hangat dengan amarah yang berkobar-kobar.

Persetankan semua itu, Maruah dia dan rakan-rakanya sekarang sudah dipijak-pijak! Tiada rasa malu untuk disanjung sebagai perempuan. Tubuhnya telah ditatap oleh tatapan-tatapan penuh nafsu lelaki-lelaki itu. Dan tubuh Camila dan Tessa yang sudah menjadi santapan lelaki-lelaki itu..

Mengingat soal itu air mata Maria kini mengalir laju. Dia gagal, dan tetap gagal..

"Siapa kau?!!!" Maria memekik dengan mata siap terpejam melepas rasa .

"Tunang kau." Lelaki bertopeng yang paling awal muncul menyelamatkanya akhirnya menarik topeng diwajah. Ulas bibir Maria sedikit terbuka seperti mencari nafas sebelum tubuhnya tiba-tiba terlurut rebah.

Rowen dan Remy turut membuka topeng pada wajah mereka lantas berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa.. kenapa hidup kami tak seperti orang lain...?" Maria kepal buku lima.

GAVRIELWhere stories live. Discover now