BAB 21

27.7K 2.5K 174
                                    

"Kita kat mana?" Maria terpinga-pinga.

"Perkampungan Timur Feyre." Balas Rowen mendatar. Noah melangkah meninggalkan mereka berempat kebelakang.

"Kampung yang penduduknya dikatakan lenyap?" Soal Maria. Rowen mengangguk kepala.

"Ambil barang kau Maria. Malam ini mungkin kita akan menginap disini." Jett datang mengeluarkan beberapa pekakas yang akan diguna mereka. Sudah diagak Noah akan meminta mereka kesini memandangkan lelaki itu sudah lama tidak jejak kesitu. Lagipun mood Noah agak berbeza kali ini, mungkin angkara maklumat banyak yang berjaya mereka kumpul di pasar gelap sebentar tadi.

Sebagai salah seorang keluarga Timur Feyre, hati lelaki itu pasti ranap memikirkan kaumnya yang dianiaya sekejam itu.

"Kenapa kita kesini? Ada misi tambahan?" Soal Maria mengekor langkah Remy dan Jett. Dia berpusing-pusing sambil berjalan. Hari sudah beransur senja dan kawasan itu agak gelap. Bagaimana mereka mahu bermalam disitu.

"Ini kampung Noah.." Balas Remy lantas melangkah masuk ke dalam rumah yang sering mereka menginap apabila mereka datang kesitu.

"Kampung Kapten Noah." Maria berpaling mencari susuk Noah yang tegak berdiri sedang menilik bingkai gambar di tanganya. Dia teguk air liur.

"Ya, aku orang Timur Feyre." Balas Noah mendatar lantas kembali meletak bingkai gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis.

"Aku tahu banyak yang kau nak tanya. Tolong aku angkat barang ini dulu." Belum sempat Maria bertanya, Rowen muncul menghulur barangan mereka.

"Kita hanya ada dua pelita." Maria meletak pelita-pelita itu di atas lantai lantas menghidupkan satu-persatu.

"Cukup untuk kita berlima." Sambung Rowen. Maria hanya angguk lantas memandang Noah sekilas. Pasti banyak dipendam lelaki itu selama ini.

USAI menyegarkan badan, Maria siap berpakaian di dalam bilik air memberi ruang pada yang lain untuk mandi. Mujurlah air dikawasan itu masih berjalan walaupun tidak berpenghuni. Kawasan itu sangat strategik kerana sumber airnya datang dari pergunungan Feyre yang berdekatan.

"Air?" Jett menghulur gela kopi pada Maria.

"Thanks." Maria senyum manis.

"Tak sangka Tuan Rowen pandai memasak." Maria memanis muka menegur Rowen yang kusyuk memasak menggunakan dapur segera.

"Siapa je tak reti masak me segera?" Rowen membalas sinis buat Maria terkebil-kebil. Ada betulnya juga.

Maria hela nafas berat, jujur dia kekok bergelap dengan empat lelaki. Walaupun dia tahu mereka tiada niat buruk padanya tapi tetap tidak manis untuk gadis sepertinya. Tapi dia askar buat apa dia takut jika mereka lakukan sesuatu. Dia ada penyanggul yang mampu membunuh mereka dalam beberapa saat.

Maria bangun memandang sekeliling bersama pelita ditangan. Bingkai dipegang Noah tadi menarik pehatianya. Dia melangkah mendekati sebelum turut mencapainya. Ada seorang anak perempuan berskarf merah jambu sedang duduk tersenyum lebar bersama kedua orang tuanya. Manis sekali.

"Siapa budak perempuan ni?" Maria berpaling memandang Noah yang kusyuk memeriksa senjata.

"Tunang aku." Balas Noah senada. Wajah Maria kelihatan terkejut.

"Dia macam mana? Dimana dia sekarang?" Soal Maria berminat untuk tahu.

"Aku tak tahu. Tiada siapa tahu kemana kaum Timur Feyre yang lain. Dibunuh atau diculik." Balas Noah agak dingin. Dia tiba-tiba teringatkan peristiwa di Pasar Gelap dimana kedai menjual perempuan itu yang sudah menjual semua gadis-gadis Timur Feyre yang diculik. Sangat sadis dan kejam.

GAVRIELWhere stories live. Discover now