BAB 3

36.3K 2.9K 166
                                    

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN.

"Apa dia ingat ini kadet remaja sekolah?"

"Kami kena patuh dengan ketua belasan tahun ni?"

"Dia belum tentu tamat sekolah lagi."

"Adakah ini kem tentera Gavriel? Karut!!"

Noah diam berwajah tenang dihadapan tanpa memperdulikan suara-suara sumbang dibelakang saat komander melantiknya sebagai ketua kadet untuk pelatih baru Tentera Gavriel.

"Ada bantahan?" Soal Komander Judin. Rata-rata disitu mengangkat tangan. Siapa sahaja sudi dipimpin dengan budak berumur 16 tahun? Sedangkan mereka majoriti berumur 19 ke 20 tahun ke atas. Itupun sudah banyak tapisan yang mereka lalui untuk menyertai kem tentera Gavriel.

"Nyatakan?" Komander Judin merapati seorang kadet yang mengangkat tangan. Mereka kini dalam barisan kawad.

"Saya tuan!" Kaki lelaki itu menghentak lalu mengangkat tabik untuk Komandernya.

"Dia terlalu muda untuk kami. Dan belum tentu ilmu pertahanan diri dia tinggi tuan!" Ujar Kadet itu. Komande Judin tersenyum tipis. Respon yang tidak pelik baginya kerana Noah masih lagi muda untuk memikul tanggungjawab itu. Tetapi pengalaman remaja lelaki itu lebih dari yang lain.

"Kamu ada ilmu pertahanan diri?" Soal Komander Judin.

"Ada tuan!"

"Okay maju ke hadapan." Arah Komander Judin. Kadet itu menelan air liur lantas tiga langkah maju ke hadapan.

"Noah."

"Ya tuan!" Noah menghentak kaki.

"Kamu tahu apa yang perlu dilakukan?" Soal Komander Judin.

"Tahu tuan!" Sebaik itu Noah mara tiga langkah kehadapan dan berpaling memandang kadet yang menentang dia untuk menjadi ketua kadet.

"Jika kamu tahu pertahanan diri. Kalahkan Noah. Buktikan yang dia tak mampu untuk pegang jawatan ketua. Saya tak keberatan untuk gugurkan jawatan dia sekarang." Ujar komander Judin pada kadet itu. Melihat wajah tenang Noah tanpa perasaan kadet itu awalnya merasa gugup.

"Kamu bersedia?" Soal Komander Judin. Kadet bertag nama Arif itu meneguk air liur.

"Sedia tuan!" Dia mengambil tempat sementara Noah menanggalkan baju seragamnya dan meninggalkan baju tshirt bewarna hitam kosong di tubuh tegapnya.

"Dia muda tapi tubuhnya segak." Bisik seorang gadis dibarisan.

"Macam mana dia dapat masuk kem tentera seusia 16 tahun! Bukankah syarat kemasukkan kem tentera ini mestilah berumur 18 tahun ke atas?" Bisik seorang lagi perempuan.

"Pasti ada sebab tertentu."

Noah melekap tangan di dada, itu adat sebelum latihan perlawanan atau perlawanan ketahanan diri dimulakan. Kerana itu tanda hormat sesama pihak lawan.

"Mulakan!" Laung komander Judin. Tubuh Noah tegak berdiri menunggu serangan manakala Kadet tadi membuka langkah menganggah.

"Kamu yakin kamu dapat jadi ketua dan memimpin orang yang lebih tua dari kamu?" Satu sepakan cuba dihadiahkan dikepala Noah tapi Noah cepat membaca serangan lantas menangkap kaki itu kemudian bertindak memusing kaki itu buat kadet Arif itu terjatuh rebah dilantai dengan mudah.

"Tsk!" Gigi kadet Arif itu diketap memandang tajam ke arah Noah. Dia tak mungkin menjatuhkan maruahnya dihadapan semua kadet yang lain.

"Being a leader isn't about how old or strong you are, it's all about trust and belief in what you do." Ujar Noah tenang melangkah ke arah kadet Arif. Tangan dihulur berniat membantu kadet itu untuk bangun tapi Arif pantas berdiri cuba menarik kolar bajunya tapi sekali lagi Noah pantas mencapai tangan itu dan kaki Arif dipangkah buat sekali lagi tubuh itu jatuh terjelupuk di atas lantai dengan mudah.

GAVRIELWhere stories live. Discover now