BAB 16

26.7K 2.6K 163
                                    

Maria silih berganti membalas tembakan, dia mengumpul beberapa orang di pihaknya manakala Fattah mengambil lagi separuh. Kayla masih diluar berlindung dari tembakan.

"Mereka diluar dewan. Jaga diri masing-masing, kalau salah satu dari kita tewas, maknanya kita sudah hilang satu lagi sayap." Suara Kayla bergema di talian. Maria memandang sekeliling, sudah tak mampu dia bilang berapa orang yang sudah tewas. Dia dan Fattah seperti bermandi darah apabila percikan demi percikan darah terkena pada mereka. Dan tiap kali itu hatinya rasa sakit.

"Dia.. dia akan baling bom!! Ke arah Maria!" Suara Kayla bergema apabila melihat seorang lelaki berdiri cuba membaling sesuatu.

"Semua bergerak ke arah tentera sana!!" Maria melaung menunjuk kearah Fattah.

Tembakan demi tembakan berbalas apabila dia melihat Kayla dari luar cuba mengalih perhatian lelaki yang cuba membaling bom tangan ke arah mereka.

"Maria! Arah NW!" Maria pantas bertindak apabila ada seorang lelaki cuba mendekati Kayla. Beberapa tembakan dilepaskan cukup buat lelaki itu tumbang.

"Berapa orang mereka semua?!" Maria memekik tertekan apabila kini dia dan Fattah kena bergabung menjaga kumpulan penduduk yang tak ramai dan trauma dengan situasi dihadapi mereka sekarang.

"Seorang sudah tumbang ditembak Maria.Kita tiada pilihan selain buat mereka habiskan masa kerana bantuan akan sampai nanti."

"Maria, aku tak mampu bertahan lagi. Lindungi mereka untuk aku." Maria membulat mata apabila mendengar suara Fattah mendatar dicorong telinga. Dia pantas berpaling melihat seorang lelaki memegang machine gun dihadapan Fattah.

"Semua bergerak kesana!!" Fattah menolak semua orang dibelakangnya, beberapa das tembakan dilepaskan tetapi dia terlebih dahulu tewas sebelum lelaki dihadapanya juga turut tewas terkena tembakan Fattah. Mereka pintar menyusut.  Mereka tak takut dengan kematian.

"Maria! Jangan takut. Tengok atas, arah pukul 3." Maria pantas mendongak melihat Kayla diatas dewan sana cuba menghulur senyum buatnya. Hanya tinggal beberapa orang dengan mereka, penduduk yang lain sudah tewas. Sukar untuk mereka jangka dari mana datangnya serangan apabila mereka harus lindungi orang awam yang terkepung.

Kenapa? Kenapa misi ini terlalu sukar.

"Dua sudah tewas dan dua dari kita sudah tewas." Maria bersuara. Kayla angguk dengan mata memandang sekeliling.

"Kita akan tetap disini sehingga bantuan sampai. Mustahil untuk kita bawa semua orang keluar dengan selamat." Ujar Kayla.

"Arah pukul 5 dari aku. Ada seorang lelaki bertopeng." Maria bergerak perlahan bersembunyi di sebalik dinding bersedia untuk menembak jika ada yang menyerang. Tepat sangkaanya. Lelaki itu datang cuba menghala muncung senjatanya pada orang awak tapi Maria tangkas menyepak senjata lelaki itu.

Tidak memilih untuk membunuh, Maria menempak kedua belah kaki lelaki itu sehingga terjatuh. Kolar baju lelaki itu ditarik sehingga lelaki itu masuk disaksikan yang lain. Ada yang gerun dengan darah diserek oleh kaki lelaki itu. Tubuh lelaki yang menyeringai kesakitan itu dihempas kelantai sebelum Maria keluarkan sebilas pisau dari poket seluarnya.

Tentera tidak takut mati, tapi mereka takut diseksa. Kerana penyeksaan laki menyakitkan dari kematian.

"Kau datang berapa orang?!" Pisau dihunus tepat ke leher lelaki itu. Orang awam mula menutup mata dan mengalihkan perhatian mereka. Mereka mengerti tentera itu sedang menjalankan tugas mereka.

"Aku tak takut.." lelaki itu senyum mengejek. Maria ketap gigi.

"Jawab aku!!" Suara Maria yang memekik mungkin buat lelaki itu ketakutan lagi-lagi darah memecik keluar dari tempat dihunus Maria. Pedih sekali.

GAVRIELWhere stories live. Discover now