BAB 41

29.1K 2.5K 232
                                    

"Shit! Kalau macam ni tak cuti lama lah kita! Shit! Shit!" Remy tak henti mencarut sambil tangan tangkas bergerak menyiapkan diri.

"Jangan banyak merungut Remy." Jett membaling vest gelap disambut Remy.

Perhatian dua leaki itu terganggu sebaik Rowen membuka pintu persalinan diikuti Noah dibelakang.

"Noah kau bukannya masih bercuti?" Soal Jett hairan melihat Noah turut disitu bersiap-siap. Mereka tidak ada misi khas cuma pagi itu mereka hanya digemparkan dengan penemuan mayat lelaki di sebuah perkampungan.

"Aku dah bosan." Balas Noah ringkas sebelum memandang Maria turut masuk tanpa riak ke dalam bilik itu.

"Oo..kaaayy.." Remy jeling Jett. Jett jungkit bahu.

"Maria kau dah okay?" Jett hulur vest kepada maria disambut baik wanita itu. Maria senyum tipis.

"Okay." Sepatah dibalas Maria. Dia cuma mahukan sibukkan diri dari terus-terusan memikirkan Lyra. Jiwanya rasa sakit. Bahkan dia sendiri meminta untuk Noah segera menghabiskan cuti mereka.

"Rowen, siapkan kenderaan." Arah Noah sebaik melihat hanya Rowen yang sudah lengkap bersiap disitu.

"Baik." Rowen memandang Jett dan Remy sekilas sebelum melangkah meninggalkan ruang itu.

Noah memandang Maria terkial-kial cuba memakai vest pada tubuh, tangan spontan bergerak membantu isterinya. Maria jungkit sebelah keningnya, agak terkejut dengan kelakuan spontan Noah. Bukan dia tidak pernah dibantu mana-mana lelaki sebelum ini, malah Remy, Jett dan Rowen selalu membantunya memakaikan peralatan jika perlu.

Tapi hanya Noah tidak pernah melakukannya. Mungkin itu buat dia rasa sedikit terkejut.

"Terima kasih." Maria hulur senyum manis dibalas Noah.

"Aku ikut Rowen." Ujar Jett sebaik mengemaskan senjatanya pada tubuh. Noah sekadar membalas dengan anggukkan. Dan kembali menyambung mengemaskan peralatan pada tubuh.

"ADA JASAD ditemui penduduk di kawasan ladang perkampungan Ayken. Jasad masih utuh dan belum berbau dengan kuat, mungkin masih baru." Terang Remy sepanjang perjalanan sekadar melaporkan situasi.

"Beberapa tentera kita sudah berada di sana beberapa jam lepas, dan menunggu kita untuk teruskan prosedur siasatan." sambungnya lagi. Noah mengangguk kepala sebelum menghala pandangan keluar tingkap. Tak jauh dia dapat melihat sebuah kawasan dipenuhi orang-orang.

Tape kuning kawasan larangan sudah terikat menghalang sesiapa untuk masuk ke kawasan itu. Rowen memberhentikan kenderaan dan diperhati orang-orang disitu.

Noah menarik sarung tangan getah berwarna putih lalu disarung pada tangannya. Sebaik itu dia menolak pintu kereta dan melangkah melintasi tape kawasan larangan itu. Maria dan yang lain turut mengekor dari belakang.

"Tuan!" Beberapa orang tentera mula menegak tubuh memberi hormat kepada Noah.

Maria memandang Erin yang turut disitu lantas senyuman diberi buat gadis itu. Mungkin kumpulan Erin dihantar untuk misi ini.

"Laporkan keadaan jasad." Tenang Noah mengarah.

"Jasad tidak berbau, identitinya tidak dapat dikesan. Tetapi.." Tentera muda itu kelihatan agak gugup ingin meneruskan ayatnya.

"Badanya penuh dengan jahitan." Noah mengangkat wajah dengan kerutan.

"Wajahnya tak dapat dicam kerana banyak kesan lebam mungkin kesan dipukul." Sambung tentera itu lagi.

Rowen melangkah mengelilingi jasad itu sebelum dia melutut sambil menekup hidungnya. Kain putih yang menekup wajah jasad itu ditarik. Betul kata tentera itu, mustahil mereka mengecam wajah itu kerana wajahnya sudah lebam, dan ada juga kesan terbakar disitu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now