BAB 35 🔞

43.9K 2.5K 155
                                    

*Amaran, bab kali ini mungkin terlalu berat untuk bacaan umum, disebabkan itu saya galakkan mereka yang dibawah umur 18 tahun mendapat nasihat dari orang dewasa terlebih dahulu. Saya tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tidak selesa dengan bacaan pada bab kali ini.

 Saya tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tidak selesa dengan bacaan pada bab kali ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ap..apa yang kau cuba lakukan?!!" Lelaki Duvan itu menjerit apabila Maria tenang menanggalkan seluarnya.

"Buat kau rasa diri kau bertuah?" Maria jungkit sebelah kening menayang wajah tak bersalah.

"Lepas!! Lepaskan aku?!"

"Jangan banyak bergerak..." jari telunjuk runcing Maria bergerak dari halkum lelaki itu hingga ke dagu buat lelaki itu mendongak sedikit. Terasa seram dengan sentuhan gadis itu.

"Nanti kau sakit." Maria senyum segaris.

Noah ketap gigi sebelum melangkah mahu menghalang Maria tapi langkahnya dihalang Lyra.

"Biarkan Maria lakukan kerja dia." Ujar Lyra tenang. Noah tidak membalas selain mengerut dahi sendiri. Dia sebagai lelaki merasa jijik apabila Maria tenang menarik seluar lelaki itu sehingga alar sulit lelaki itu jelas terserlah.

"Apa kau nak?! Lepaskan aku!!" Lelaki itu meronta seperti diri sedang dicabul oleh perempuan.

"Aku cuma nak tahu. Apa yang Duvan sedang rancangkan?" Maria kini mencengkam kuat dagu lelaki itu buat dari makin membuak-buak keluar dari luka mulut itu.

"Tch! Kau ingat aku akan beritahu semudah itu?!"

"Yeah. Kau betul." Maria melepas cengkaman di dagu lelaki itu lantas bangun berdiri berundur setapak ke belakang.

Lelaki Duvan itu kelihatan keliru dengan tindak tanduk Maria. Begitu juga Rowen dan Noah mengerut dahi tidak mengerti. Adakah itu sahaja seksaan yang Maria ingin lakukan?

"Kau terlalu memandang rendah pada perempuan.." Mata Maria seperti pembunuh menikam wajah itu.

"A..apa kau nak.." air liur ditelan terasa berpasir entah kenapa, ada sesuatu yang lebih menyakitkan bakal berlaku.

"Aku tanya sekali lagi. Apa yang Duvan sedang rancangkan?" Soalan Maria kedengaran sangat menyeramkan buat lelaki itu mendongak dengan debaran.

"A..aku tak tahu.."

'PAK!!!!'

"Aaaaaa!!!!"

Rahang Rowen jatuh dengan anak mata hampir terkeluar. Noah memejam mata seketika sebelum mengalih pandanganya. Kedua mereka dapat rasa keperitan itu. Terlalu sakit.

Dengan kasut sneakers tebal dipakai Maria dan kudrat yang perempuan itu ada cukup buat alat sulit itu hampir hancur dipijaknya.

"Anggap sahaja ini bayaran untuk Camila dan Tessa. Bagaimana rasanya? Nikmat?"

"Cukup!! Berhenti berhenti!! Aaaaa!!!" Semakin dia meronta semakin Maria menambah tekanan.

Rowen menarik nafas dalam sebelum menghembus berat. Lyra senyum sinis. Puas hati melihat apa yang berada di hadapan mata.

GAVRIELWhere stories live. Discover now