BAB 40

29.6K 2.5K 36
                                    

Semerbak bau enak masuk ke rongga hidung sebaik dia menolak daun pintu. Noah mengerut dahi lantas menanggalkan kasut dipakainya. Sebaik melihat susuk seseorang sedang duduk di dapur rumahnya, matanya tak berkelip.

Pertama kali dia melihat sisi Maria yang satu ini. Entah bagaimana mahu dia gambarkan, Maria seperti seorang suri rumah walau rambutnya disanggul gaya messy bun. Pemandangan ini buat hatinya bergetar.

"Noah dah balik?" Maria menyisin lengan baju sehingga kesiku sebelum mencapai mangkuk yang sudah diisi lauk dibuatnya lalu dibawa ke meja makan. Meja makan kecil yang muat untuk mereka berdua.

"Ya.." Noah bergerak merapati isterinya sebelum menghulur makanan dibelinya diluar tadi. Dia fikir Maria masih meratapi Lyra, dan tidak mahu bangkit dari katil. Tapi dia silap. Maria sudah mampu bangkit dan memasak untuknya hari ini.

"Awak beli ke? Saya dah masak banyak." Suara Maria kendur sebelum matanya kaku melihat anak mata Noah tak berkutik memandang wajahnya.

"Noah kenapa?" Maria selangkah berundur kebelakang apabila merasa jarak mereka terlalu dekat sehingga dia dapat merasa deruan nafas kasar lelaki itu.

Mata Noah masih statik tak bergerak menilik segenap wajah isterinya. Ya mata Maria masih lagi sembab kesan dari tangisan malam tadi. Bibir itu merekah tidak seperti kebiasaanya. Tapi keadaanya lebih baik dari sebelum. Noah tarik nafas lega.

"Awak dah okay?" Soal Noah senada lantas mengalih pandangan matanya. Maria terkebil-kebil sebelum berdehem menghilangkan debaran. Sekilas dia mengerling memandang Noah meletak makanan dibelinya ke atas meja.

"Saya okay. Maaf buat awak risau." Balas Maria kembali. Noah berpaling buat Maria kembali berundur kebelakang. Entah apa yang dia takutkan atau dia sekarang sedang gugup?

"Baguslah." Noah senyum segaris sebelum mengusap kepala isterinya. Maria pula yang kaku tidak berkutik.

"Saya tolong hidangkan makanan." Noah pula yang menyising kemeja dipakainya sehingga ke siku. Maria kerut dahi. Kemeja?

Kenapa lelaki itu berpakaian formal? Bukankah Noah cakap dia keluar untuk menemui Rowen dan yang lain? Tetapi kenapa lelaki itu mesti berkemeja?

Tadi Maria masih mamai dan dia tidak sedar pakaian apa dipakai Noah. Dia hanya dengar Noah menghampirinya pagi tadi dan mengatakan dia mahu keluar seketika untuk menemui rakannya.

"Kenapa awak pakai kemeja?" Giliran Noah yang sedang mencedok lauk ke dalam mangkuk, mengeras.

"Awak cakap awak jumpa kawan awak. Tapi kenapa pakaian awak formal?" Soalan Maria buat Noah kelu.

"Saya ada laporan kena sampaikan pada papa." Noah tenang membawa mangkuk ke meja makan diperhati Maria.

"Mengenai Timur Feyre?" Suara Maria berubah. Sebelah kuning terjungkit memandang raut wajah suaminya.

Noah diam tiada tidak membalas selain tenang melabuhkan duduk di atas kerusi. Masa untuk mereka makan sebaiknya dia mengelak dari pergaduhan. Kepalanya sudah terlalu berat.

"Sekarang waktu makan." Noah mendongak memandang Maria yang tegang melihatnya.

"Awak tak jawab persoalan saya." Mendatar suara Maria.

"Saya takut jawapan saya buat kita berdua bergaduh. Saya nak makan dengan tenang." Selamba Noah mencedok lauk ke dalam pinggannya.

Maria ketap gigi.

"Jadi betullah.."

"Kita makan dulu Maria." Noah memotong. Maria hela nafas berat sebelum dengan terpaksa dia melabuhkan punggung dihadapan lelaki itu. Setiap kunyahan rasa seperti tiada nikmatnya. Seleranya telah tawar.

Usai menghabiskan makanannya, tanpa bicara Noah terus ke sinki membasuh pinggannya. Tanpa memandang isterinya dia terus melangkah berlalu dari ruang meja makan meninggalkan Maria masih termanggu disitu.

Maria mendengus perlahan lantas turut bangun membasuh pinggannya. Siap mengemas ala kadar dia turut melangkah ke bilik lantas memandang Noah yang sedang menanggalkan butang baju kemeja.

"Apa yang awak dah laporkan pada Tuan James?" Soal Maria dingin.

"Papa, hormat dia sebagai bapa mertua awak." Tenang Noah menanggalkan baju kemejanya lantas dimasukkan ke dalam bakul.

"Itu semua tak penting sekarang Noah! Timur Feyre lagi penting!"

"Kenapa? Kerana dia Ketua atasan di dalam Gavriel? Sebabkan itu kau tak hormatkan dia Maria?" Soal Noas agak sinis, buat Maria terkedu tidak mengerti.

"Apa awak cakapkan ni Noah.."

"Sejujurnya awak masih belum mempercayai Gavriel bukan? Awak gunakan saya dalam sebuah perkahwinan untuk terus berada dalam Gavriel? Untuk terus jadi perisik yang sah dalam Gavriel?"

"Itu yang awak setuju dengan saya dari awal Noah!"

Noah tarik nafas panjang.

"Kenapa? Kenapa awak sukar percayakan Gavriel? Kenapa masih terlalu taksub dengan kepercayaan Timur Feyre?" Tegang wajah Noah menyoal.

"Awak juga Timur Feyre Noah! Ini persetujuan kita dari kecil untuk saling melindungi dalam perkahwinan! Timur Feyre tak akan percayakan sesiapa!" Keras suara Maria membalas buat Noah senyum sumbing. Entah kenapa dia benci melihat senyuman lelaki itu.

"Timur Feyre tak percayakan sesiapa termasuk kaumnya sendiri bukan?" Sekali lagi soalan demi soalan Noah buat Maria keliru.

"Awak pernah cakap Timur Feyre mengkhianati kaumnya sendiri. Saya rasa semua itu Maria.." Noah melangkah membelakangi Maria lantas berdiri tepat dihadapan sliding door.

"Apa yang awak cakap Noah.."

"Masa semua orang berusaha selamatkan diri sendiri malam itu, hanya saya dan mama yang tidak tahu yang Timur Feyre ada laluan rahsia untuk selamatkan diri. Mereka rahsiakan sistem laluan rahsia itu dari aku dan mama kerana ayah saya tentera Gavriel.."

Maria tergamam. Kelu lidahnya mendengar apa yang keluar dari mulut Noah.

"Mama sepatutnya dapat diselamatkan.." suara Noah mendatar dalam kesunyian. Maria perlahan-lahan terduduk di atas katil.

"Saya tak tahu.." suara itu kedengaran lelah. Noah lambat-lambat berpaling.

"Saya tak salahkan awak Maria. Maaf.."

"Pak Cik Malik ada datang ke rumah kami untuk bawa kami keluar. Dan akhirnya dia terbunuh selepas kembali ke rumah untuk melihat awak dan Mak Cik Adela.." Pak Cik Malik ayah Maria, walaubagaimana mereka diperlakukan, hanya keluarga Maria yang sanggup melayan mereka dengan baik.

"Dan selepas itu, Ibu terbunuh di dalam rumah kerana meraung melihat jasad ayah.." Maria menyambung.

"Dengan mata saya sendiri, saya lihat semuanya Noah.. Jasad Ibu diheret keluar tanpa belas.." Untuk kesekian kali air mata Maria menitis. Dia masih kecil saat itu. Masih terlalu kecil.

Noah melangkah menghampiri isterinya sebelum menarik tangan Maria lalu digenggam kemas.

"Sampai bila-bila penderitaan ini tak akan berakhir Maria kalau Timur Feyre terus-terusan dengan gaya hidup lama mereka. Sudah sampai masa untuk kita serahkan kepercayaan pada orang lain."

"Timur Feyre tak sesuai untuk dunia luar Noah. Apa awak lupa? Apa terjadi pada Camila, Tessa. Lyra Aria??" Maria tarik nafas panjang, mengingat tentang Lyra yang tak akan pulang, hatinya jadi sebak kembali.

"Sebab itu kita perlukan perubahan. Penderitaan ini tak akan jumpa penghujungnya. Percayakan Gavriel." Bersungguh-sungguh Noah meyakinkan isterinya.

Maria menggeleng kepalanya dengan esakan sebelum menarik Noah dalam pelukannya. Dia tiada jawapan, dia buntu.

"Saya rindukan Lyra.. Saya rindukan Aria.. Saya rindukan kehidupan lama saya.. Mampukah awak kembalikan semuanya?"
........................
Bab seterusnya mungkin agak menyakitkan. Saya mohon jangan marah saya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now