ANGEL EYES 8

16.8K 1.7K 145
                                    

"Adeen.." Mata Angel redup memandang tangan Adeen dalam genggamannya. Kini sudah 2 minggu Adeen tidak sedarkan diri dan 2 minggu juga dia sudah tidak kembali ke rumah itu lagi. Hidupnya sekarang terasa janggal dan asing. Lebih-lebih lagi apabila ada orang-orang baru yang datang memberi sokongan seperti mereka keluarganya padahal selama ini dia hanya mempunyai Adeen dan Zael.

Rasa kerdil dengan tindakannya dahulu. Dia hampir membunuh Maria, walaupun begitu mereka tetap melayannya dengan baik.

"Kemana kita nak pergi lepas ni Adeen? Zael dah pergi tinggalkan kita." Lemah suara Angel menggumam sendiri. Kepalanya jatuh di birai katil. Dia juga penat.

"Bangun Adeen.. Aku perlukan kau. Aku tak nak sendirian lagi."

Terasa usapan lembut dikepala buat Angel tersentak lantas mengangkat kepalanya.

"Adeen?!" Membulat mata Angel memandang Adeen. Dahinya berkerut, Adeen masih lemah di atas katil tidak sedarkan diri. Jadi siapa yang usap kepala dia tadi?

Perlahan-lahan dia berpaling sebelum anak matanya menangkap sebatang tubuh tegap lengkah berpakaian seragam berdiri di belakang. Adham hulur senyum tipis.

"Adham." Lambat-lambat Angel bangun berdiri menyapa lelaki itu.

"Sorry kalau aku kejutkan kau."

"Tak. Kenapa?"

"Kau ada masa? Kita ada sesuatu untuk dibincangkan." Balas Adham, sambil mata lelaki itu melirik memandang Adeen di katil pesakit.

"Boleh."

"Jom." Tangan Adham bergerak menolak belakang tubuh Angel, ada pengawal mengambil tempat menjaga Adeen setiap kali Angel tidak disisi lelaki itu.

Angel tiada bicara melihat mata Adham tajam memandang ke hadapan. Wajah lelaki itu sangat mirip dengan bapanya Noah tapi mata itu setajam Maria.

"Kenapa?" Tanpa menoleh Adham menyoal Angel yang tak lepas menilik wajahnya.

"T..tak ada apa." Angel teguk air liur. Tangan naik mengetuk kepala sendiri.

"Terima kasih tak bunuh mama aku. Sekarang aku dah faham macam mana da ditempat kau." Kata-kata Adham buat Angel mengangkat wajahnya sambil mereka beriringan melangkah keluar dari bangunan hospital milik ketenteraan Gavriel.

"Sama-sama." Balas Angel ringkas sebelum daun pintu kereta dibuka untuknya.

Perjalanan yang hanya mengambil masa 7 minit untuk sampai ke bangunan pejabat besar Gavriel. Angel kerut dahi sebelum pintu kereta dibuka dari luar oleh Adham. Tak menyoal dia mengikut langkah lelaki itu sehingga tiba sebuah bilik. Kali ini bukan lagi bilik siasatan.

"Maaf ganggu kamu Angel." Sapaan Noah buat Angel tegak tubuh lantas menunduk sedikit kepalanya.

"Tak apa." Angel pandang Ryan turut disitu bersama bapanya Rowen. Juga Ella dan Kyle.

"Silakan duduk." Noah tunjuk kerusi dihadapannya dan serentak itu Adham bergerak menarik kerusi untuk Angel.

"Ada apa?" Akhirnya terlucur keluar soalan dari mulut Angel. Noah menarik laci meja sebelum dia keluarkan sekeping kertas.

"Kami dapat surat ancaman dari penentang kerajaan iaitu penyokong Duvan yang kamu ceritakan hari itu." Angel sedikit tergamam sebelum dia capai kertas dihulur Noah. Dahinya berlapis membaca apa yang tertulis.

"Mereka minta kami serahkan kamu atau kami akan dituduh menahan kamu atas sebab kamu anak Duvan." Ujar Noah. Angel terdiam mengetap gigi.

"Biarkan mereka.. Mereka cuma tahu menyalak. Dan tak sedar diri!" Suara Angel kendengaran menahan geram.

GAVRIELWhere stories live. Discover now