ANGEL EYES 12 (END)

34K 2K 602
                                    

Bahu si remaja lelaki dipegang menyerap kesedihan dirasa. Mata Angel jatuh memandang tangan Adeen bergerak menyapa tanah kuburan Zael. Akhirnya setelah lama dia pendam persoalan Adeen pada Zael, hari ini dia berjaya bawa Adeen jumpa Zael walaupun tiada sapaan gurauan dan gelak tawa lelaki itu seperti dahulu.

Hanya air mata Adeen berlinangan. Mungkin masih sukar untuk remaja lelaki itu menerima.

"Angel.." Adeen dongak memandang Angel berdiri di belakangnya melindungi matahari dati terkena wajah Adeen.

"Ya Adeen." Angel hulur senyum penyedap sebelum dia turut duduk di sisi remaja lelaki itu. Air mata Adeen di pipi disapu dengan ibu jari lalu dia bawa kepala Adeen kebahunya.

"Jangan tinggalkan aku.. Walau kau dah ada keluarga sekalipun, jangan tinggalkan.."

"Aku tak akan tinggalkan kau Adeen." Laju Angel menyampuk mengusap belakang remaja lelaki itu.

"Kau keluarga aku, kenapa aku kena tinggalkan kau?" Angel leraikan pelukan sebelum dia tekup kedua belah pipi Adeen. Air mata Adeen kembali disapu.

Adeen tarik nafas panjang. "Aku tak boleh hidup tanpa kau dan Zael."

"Zael dah tinggalkan kita, tapi kau masih Angel dan semua orang kat sini." Adeen sedikit tersentak apabila bahunya disapa buat dia dalam dakapan Angel terlerai.

"Lelaki tak bagus menangis. Jangan nampak lemah depan perempuan. Tugas lelaki lindungi perempuan bukan mengaku lemah di bahu perempuan." Teguran Ryan buat Adeen tertunduk.

"Ryan.. Adeen masih sedih." Angel pegang lengan Adeen sebelum membantu remaja lelaki itu bangun.

"Ryan betul Angel. Aku kena kuat untuk lindungi kau lepas ni!" Adeen sapu air mata sendiri sebelum dia hulur senyum lebar buat Angel.

"Adeen.."

"Bila aku besar aku akan kahwin dengan kau!" Sungguh-sunguh Adeen berkata buat semua disitu terkebil-kebil.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Kyle tersedak di sebelah Adham apabila dia dapat merasa aura dingin serupa penghawa dingin semula jadi di sebelahnya.

"Umur kau berapa Adeen?" Ryan menyoal Adeen tanpa perasaan.

"16 tahun."

"Nak jaga Angel tak semestinya kena kahwin dengan dia." Ryan geleng kepala sebelum dia tarik bahu Adeen dari pegangan Angel.

"Tapi aku nak selalu ada dengan Angel."

"Tak perlu jadi suami dia." Ryan pasang wajah bosan. Angin menyapa buat selendang putih Angel kembali terlurut jatuh dan sekali lagi di tempat yang sama Adham menghulur selendang itu buat Angel.

Pandangan mereka bersatu sebelum Angel terlebih dahulu mengalih pandangan mata.

"Angin ni tahu-tahu je." Kyle melangkah sambil meraup rambutnya yang sudai tidak terurus.

"Lepasni kami nak pergi ke satu kampung. Kau nak ikut?" Adham membuka bicara sambil mereka beriringan melangkah ke arah kereta.

"Kampung?"

"Yes, kau akan suka Angel. Tempat dia cantik."

"Kampung Timur Feyre?" Angel senyum sambil dia meneka. Lihat dari wajah bangga Adham pun dia dah dapat baca kemana destinasi mereka selepas ini.

"Macam mana kau tahu?" Adham kerut kening memandang Angel di sebelah.

Tawa manis Angel kedengaran, begitu manis dan lembut dimata Adham. Lagi-lagi saat jari halus itu naik menekup mulut sendiri.

"Muka kau dah tertulis kemana kita nak pergi lepas ni." Balas Angel lembut. Tangannya turun sebelum dia mengikat jemari sendiri di belakang tubuh.

GAVRIELWhere stories live. Discover now