BAB 31

30K 2.3K 47
                                    

"Maria!"

"Laporkan situasi." Ujar Maria berwajah serius sambil melekap telefon bimbit ke telinga. Aria yang memandu dan Lyra yang duduk di sebelah lelaki itu. Kedua-dua peka memerhati sekeliling bangunan tentera di kawasan itu.

Bangunan yang sudah berdekad-dekad dibina itu sudah menjadi tempat kebiasaan mereka kunjungi untuk mendapatkan maklumat sulit dari bahagian perisikan yang lain. Bangunan itu salah satu bangunan milik Duvan dan jarang digunakan memandangkan sudah penempatan disitu tidak banyak dan tiada aktiviti ekonomi penting berjalan disana.

Kini mereka terpaksa lakukan pertemuan genting akibat berita yang dikhabarkan yang salah seorang pihak mereka yang ditangkap kerana mengkhianati Duvan. Sama seperti Irwan iaitu tunang Lyra dan juga abang Aria yang dijumpai terbunuh malam itu. Kedudukan mereka terancam buat Maria dan yang lain tidak senang duduk. Dia tidak mahu kesilapan dilakukan Irwan pada malam itu membongkar sebuah rahsia besar kedudukan Timur Feyre.

"Semua dalam keadaan baik. Tessa, Rauf dan Camila di lokasi." Balas satu suara garau ditalian.

"Baik." Maria menepuk bahu Aria meminta lelaki itu memberhentikan kereta.

"Aku ikut?" Aria berpaling memandang Maria.

"Tak perlu. Kau dengan Lyra jaga kat bawah macam biasa."

Ktak!
Ujar Maria sambil menyiapkan pistolnnya. Aria mengeluh lantas mengangguk kepalanya. Tak lama dia dan Lyra dapat melihat tubuh Maria serba hitam melangkah keluar menuju ke arah bangunan usang itu.

"Keras dan degil seperti biasa." Keluh Lyra lantas menanggalkan seatbelt.

"Siapa yang ditahan pihak Duvan?" Soal Aria. Lyra melepas keluhan sebeluk menggeleng kepalanya.

"Aku tak tahu. Tapi kita kena berhati-hati. Sedikit informasi tentang penempatan kita terbongkar maka tamatlah Timur Feyre untuk kesekian kali." Balas Lyra kedengaran serius.

Cukuplah dia kehilangan Irwan, tunangnya. Dia tak mahu kehilangan keluarganya di Timur Feyre pula. Mereka seperti dunia buatnya. Walaupun keluarga kandungnya sudah pergi. Tapi kehidupan di Timur Feyre saling tak bezakan siapa anak, siapa orang luar.

Disebabkan itu rasanya pada Timur Feyre sangat mendalam.

Maria memperlahankan langkah di ruangan tangga yang gelap. Ada sesuatu yang tidak kena baginya. Sepatutnya lampu di tingkat 2 bernyala tapi kali ini tidak. Tingkat tiga pula yang menyala. Bangunan itu mempunyai 3 tingkat dan sepatutnya mereka bertemu di tingkat 2 seperti kebiasaan. Tapi kenapa tingkat 3 yang bernyala? Mereka lakukan apa disana?

Maria menunduk memandang lantai sebelum kepalanya menjenguk mendongak ke atas.

Telefon bimbit di poket seluar dikeluakan sebelum dia menghantar pesanan kepada Lyra.

'2 tembakan. Datang beri bantuan'

Lyra memandang Aria yang turut memandang ke arahnya.

"Apa Maria cakap?" Soal Aria sebaik melihat notifikasi dari telefon Lyra.

"Dua tembakan datang hulur bantuan." Balas Lyra lantas menyimpan telefon bimbitnya. Pistol terselit di seluar dikeluarkan untuk berjaga-jaga menerima arahan.

Aria juga turut melakukan perkara yang sama. Pasti ada sebab kenapa Maria mengirim pesanan seperti itu. Hati masing-masing mula dirundung kegusaran.

Maria menelan air liur sebaik kakinya menginjak ke tangga terakhir menuju ke tingkat 3 bangunan itu. Sunyi, hanya bunyi cengkerik yang kedengaran di selang seli dengan bunyian burung. Anak mata melilau memandang sekeliling mencari susuk rakannya yang lain.

GAVRIELWhere stories live. Discover now