BAB 19

26.8K 2.5K 257
                                    

"Bagi saya jumpa Maria!"

"No!"

"It's been a week! Saya tak jumpa dia langsung! Ini tak adil!" Lyra seperti pemberontak yang ingin menyerang si Tuan Rowen yang tidak berperasaan di muka pintu.

"Aku tak peduli." Ringkas.

Lyra diam sejenak memandang tajam ke arah lelaki itu. Seketika satu mentol muncul dari kepalanya. Dia tersenyum senget.

Tangan naik ke dada. Baju yang kemas terbuntang dari atas ditanggalkan satu persatu. Mata Rowen masih kosong memerhati seperti memerhati badut yang sedang cuba melakukan lawak yang tidak menarik baginya. Apa perempuan itu ingin guna taktik kotornya untuk buat dia lemah?

Tak mungkin berlaku kerana dia Rowen.

"Bagi saya jumpa atau..." Lyra masih tersenyum sinis.

Rowen diam menjungkit sebelah keningnya seperti tidak terusik dengan ugutan perempuan itu.

Tiba-tiba Lyra menanggalkan ikatan rambutnya tepat dihadapan Rowen buat aroma rambut wanita itu kuat menusuk hidung. Tanpa membuang masa, rambut sendiri diserabaikan oleh tangan sendiri buat berkeadaan Lyra seperti seorang mangsa yang cuba diperkosa.

"Tolo..." Belum sempat Lyra menghabiskan jeritan. Rowen terlebih dahulu menekup mulut gadis itu dan melekap tubuh Lyra ke dinding.

Dalam kesakitan bibir Lyra menyungging senyum sinis.

"Tak sangka misi yang kau dah lalui buat kau jadi makin licik." Rowen mengetap gigi.

"Saya anggap itu pujian dari Tuan." Suara Lyra kedengaran gembira sebaik Rowen melepas tekupan di mulut.

"Masuk!" Rowen membuka daun pintu lantas menolak kasar tubuh Lyra kedalam. Lyra tertolak beberapa langkah sebelum memandang beberapa orang atasanya bersama Maria yang kelihatan penat.

"Rowen.." Noah memandang jijik memandang Rowen dah Lyra dalam keadaan itu.

"Oh!" Menyedari perkara itu Lyra pantas berpaling kebelakang dan membutang kembali butang bajunya. Rowen yang berada di belakangnya hanya mampu membutakan mata.

"Apa kau dah buat dekat budak ni Rowen?" Soal Remy tidak percaya. Lyra berkeadaan seperti mangsa rogol.

"Budak ni licik. Jangan percaya muka naif dia." Rowen tenang melangkah ke arah mereka. Lyra menyungging senyum. Sebudak dia, dia mampu dapat apa yang dia nak.

"Maria!!" Lyra berlari mendapatkan sahabatnya.

"Lyra kenapa kau kat sini?"

"Kenapa? Kau dah sebulan tak balik dorm. Aku risau mereka buli kau." Marah Lyra, dia tidak peduli orang orang itu atasanya. Dia memang dilahirkan untuk jadi biadab semata-mata melindungi orang yang dia sayang.

"Aku okay."

"Dagu kau.." Lyra menilik dagu Maria yang kelihatan sedikit kebiruan.

"Aku jatuh.." Maria hulur senyum tipis seperti mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Kau dah jalani latihan berat dengan mereka. Sampai bila?" Lyra menarik Maria duduk disampingnya. Tidak dia peduli pandangan lelaki-lelaki yang memandang ke arah mereka seperti mahu menelang gadis yang membuat sesi latihan mereka terbantut.

"Sampai kita dapat apa yang kita nak." Lyra angkat wajah memandang jauh kedalam mata Maria. Dia tahu ada maksud tersirat dari kata-kata gadis itu.

"Tak perlu korbankan diri. Kita boleh buat sama-sama." Lyra menanggalkan kain kasa putih yang membaluti jari-jari Maria. Ada kesan merah bekas latihan yang berat dilalui Maria.

GAVRIELWhere stories live. Discover now