ANGEL EYES 1

34.2K 2.1K 104
                                    

Lama dia tatap wajah dipantulan cermin, wajah dingin ditambah warna anak mata yang jelas kelihatan menonjol dingin di raut wajah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama dia tatap wajah dipantulan cermin, wajah dingin ditambah warna anak mata yang jelas kelihatan menonjol dingin di raut wajah itu. Satu keluhan nafas dilepaskan. Angel grey eyes, itu yang sering disebut Lyra setiap kali menatap matanya. Apa tidaknya warna mata kelabu abu-abu itu jarang sekali ditemui. Kira-kira kurang dari 1 peratus manusia di dunia yang mempunyai warna mata sedemikian. Jelaslah ia sangat jarang untuk ditemui di Timur Feyre.

Dan sekarang dia sendiri tidak tahu kenapa dia dikurniakan mata sedemikian. Ryan lepas keluhan berat sebelum dia capai bekas kanta lenkap lalu dibukanya.

Perlahan-lahan dia tarik isi contact lens bewarna hitam lalu dibawa ke matanya.

"Abang tak perlu pakai contact lens setiap hari. Mata abang cantik!!" Seseorang melompat merebahkan tubuh di atas katil buat Ryan jeling memandang gerangan tidak beradab itu.

"Dan kau tak perlu masuk bilik abang setiap pagi." Balas Ryan tetap tenang memakai contact lens itu pada matanya. Lucy melepaskan tawa kecil sebelum dia mendepa tangan memandang syiling.

"Lucy penat.." Suara Lucy mengendur.

Ryan pandang adiknya perlahan-lahan mengatup matanya. Lucy sekarang sibuk dengan pelajarannya untuk menjadi doktor tentera sama seperti Mak Cik Syira. Dia sekarang sudah dibawah ujian khas untuk kelayakan menjadi doktor Gavriel. Sudah jauh rupanya gadis itu melangkah.

Lihat dari pakaian dipakai gadis itu sekarang, pasti Lucy baru pulang kerumah. Tak lama dia mendengar dengkuran halus dari gadis itu. Ryan geleng kepala sebelum dia tarik selimutnya lantas menyelimuti tubuh itu. Tubuh Lucy bergerak-gerak menyelesakan kedudukan.

"Ryan.." Ryan menoleh memandang Lyra dimuka pintu, senyuman manis dihulur buat wanita itu.

"Bertuah anak gadis ini. Bukan nak tidur bilik sendiri, ini pergi kacau bilik abang dia!" Lyra bercekak pinggang memandang Lucy di atas katil Ryan.

"Tak apa mama." Ryan dari dulu sampai sekarang akan selalu membela adiknya. Lyra geleng kepala dengan keluhan.

"Pakaian mama dah kemaskan, makanan kamu juga. Ada apa-apa lagi yang kamu nak?" Soal Lyra. Ryan ada memberitahunya yang dia akan menjalankan misi untuk beberapa hari.

"Tak ada. Terima kasih mama."

"Kalau macam tu. Bersiap cepat dan turun sarapan. Jangan lewat. Mama tak suka kamu buat kawan squad kamu menunggu." Sempat Lyra mengomel sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Ryan senyum tipis sebelum dia kembali memandang cermin.

Dia tahu dia anak yang dilahirkan Lyra, dan dia tahu dia bukan anak dari Rowen. Lelaki dipanggil papa selama ini. Segala dan punca yang berlaku telah diceritakan Lyra padanya, dan hanya sekali itu. Ryan meminta Lyra mengakhirinya disitu tanpa mahu mendengar perkara itu lagi. Rowen turut tahu mengenai itu.

Dan sejak itu, Ryan muka memakai contact lens kerana benci dengan warna matanya. Ya dia benci warna mata itu. Kerana tidak satupun dalam rumah itu mempunyai warna mata sedemikian. Hanya dia seorang, malah kawan-kawannya yang lain tidak seorang pun mempunyai warna mata sejanggal dia.

GAVRIELWhere stories live. Discover now