ANGEL EYES 2

21.7K 1.8K 234
                                    

Bunyi loceng rumah bergema buat Maria yang bersantai membaca majalah dan suaminya yang sedang bersenam di laman rumah serentak berpaling.

"Adham sudah balik?" Soal Noah.

"Saya tak pasti, kejap saya tengok." Maria letak majalah dibacanya di atas meja seraya mengangkat punggung ke muka pintu. Sebaik tombol pintu ditarik matanya kaku tak berkelip memandang susuk-susuk dihadapannya.

"Assalamualaikum Mama,"

"Assalamualaikum Mak Cik Maria," Ryan tunduk kepala tanda hormat.

Terpinga-pinga Maria pandang dua jejaka tanpa itu silih berganti sebelum anak matanya jatuh ke bawah memandang seorang kanak-kanak lelaki dipimpin Adham dan anak kecil yang mungkin berusia 3 tahun didukung Ryan.

"A..Anak siapa ini Adham? Ryan?" Fikirannya mula menerawang jauh memikirkan. Adakah Adham dan Ryan bercinta dan memilih mengambil anak angkat kerana mereka berdua lelaki!

Jika ia benar. Dia sebagai IBU tidak akan MERESTUI!

"Jangan-jangan.."

"Mereka tak ada tempat tinggal mama." Adham laju memangkah fikirkan mamanya sekarang. Maria tarik nafas lega. Dia pandang anak lelaki dipimpin Adham sedang menyembunyi diri di belakang Adham.

"Kenapa tak bawa rumah kebajikan terus? Mereka berdua perlukan rawatan." Soal Maria.

"Itulah masalahnya. Ada sesuatu yang Adham nak bincang dengan mama dan papa." Balas Adham, dia dapat merasa sejuk tangan si kecil Alex menggenggam tangannya.

"Masuklah." Maria membuka pintu memberi ruang untuk dua jejaka masuk membawa anak kecil itu. Si kecil didukung Ryan sudah terlentok tidur. Sayu hati melihatnya.

"ADHAM nak minta mama jagakan Alex dan Faik untuk sementara waktu." Pinta Adham. Noah dan Maria berpandangan sesama sendiri.

"Mama tidak keberatan, cuma kita perlukan persetujuan dari mahkamah. Hanya rumah kebajikan sahaja yang ada hak untuk menjaga anak-anak yang tiada ibu dan bapa." Balas Maria, di negara mereka jika seseorang menjaga anak-anak bawah umur yang tiada pertalian darah tanpa persetujuan Mahkamah akan dianggap satu kesalahan. Memandangkan peraniayaan terhadap kanak-kanak berleluasa sehingga seseorang perlu menandatangani perjanjian untuk menjaga dan membesarkan kanak-kanak bawah umur.

"Itu masalahnya sekarang.." Adham pandang Alex diam mengecil diri di sebelahnya.

"Ada apa Adham?" Soal Noah pula.

"Kanak-kanak ini tak ada identiti yang sah dalam negara ini. Mereka anak perlarian." Maria tekup mulut tergamam.

"Kemana ibu dan ayah kamu anak kecil?" Soal Maria memandang si kecil yang diam mengecil diri di sebelah Adham.

"Ibu dan Bapa saya sudah tiada. Mereka meninggal.." Balas Alex takut takut. Noah dan Maria berpandangan sesama sendiri.

"Mereka berdua membesar di Lorong sunyi berdua. Kerana sebelum ibu dan bapa mereka meninggal, mereka berpecah dari kumpulan pelarian yang lain." Sambung Ryan. Wajah Maria berkerut tidak dapat membayangkan bagaimana anak sekecil itu mampu melansung hidup tanpa penjaga.

"Kamu sangat kecil. Macam mana kamu lalui semua itu?" Sebak suara Maria menyoal anak lelaki bernama Alex itu.

"Saya mencuri makanan untuk saya dan Faik." Jawab Alex lemah.

"Jadi Adham minta mama untuk jagakan mereka berdua sementara waktu. Adham akan usahakan untuk dapatkan identiti diri yang sah untuk mereka berdua." Pinta Adham buat Maria laju mengangguk kepalanya dengan linangan air mata memandang Alex disebelah Adham.

GAVRIELWhere stories live. Discover now