BAB 24

27.2K 2.4K 92
                                    

Sudah dua minggu berlalu dan sepanjang dua minggu itu tiada latihan mahupun misi diberikan kerana Noah sibuk menguruskan Lyra dan Aria kini sedang ditahan. Remy dan Jett juga sepertinya sibuk seperti menghindari diri dari bercakap atau bertemu dengan Maria.

Dan sepanjang dua minggu itu Maria berseorangam di lapangan latihan. Berlatih dan terus berlatih, mengguna segala ilmu yang telah diajar mereka untuk misinya malam ini.

Ktak!

Bunyi extended pistol bersatu pada badan kedengaran. Sebaik itu mata Maria terpejam sebelah dan menghala pistol pada pintu biliknya. Setelah puas dia menyelit di belakang seluarnya. Pakaianya pada malam ini serba hitam agar kehadiranya tidak mudah disedari.

Mata menangkap penyanggul rambut yang digunanya tempoh hari. Setelah puas membelek dia akhirnya tahu, penyanggul rambut itu sebenarnya boleh dibuka dan boleh dibuang segala isi racun di dalamnya. Maria tarik nafas panjang lantas bangun bergerak menuju ke sinki yang berada di dalam bilik air. Segala isi di dalam penyanggul itu dibuang lalu diganti dengan isi cecair yang baru.

Dia akan membawanya kerana merasa penyanggul itu membawa nasib baik untuknya selama ini. Satu senyuman tipis terukir dibibir. Dia mengangkat wajah memandang biasan cermin. Kini dia sudah lengkap berskaf yang menutup sebahagian wajahnya dari hidung ke mulut. Rambutnya diikat dan topi hitam dipakai dikepala.

Dia tahu peluangnya untuk berjaya malam ini sangat tipis. Tapi dia tiada pilihan lain. Nasib keluarga besarnya dan Lyra ada di tanganya. Dia tak mahu hilang kedua-duanya.

Lyra tidak akan dibebaskan selagi tiada kebenaran dibongkar dari gadis itu. Disebabkan itu dia bertindak malam ini untuk membawa Lyra dan Aria keluar dari situ. 2 minggu masa yang diambil untuk dia menganalisa tempat dimana Aria dan Lyra ditahan. Segalanya sudah terancang, dia malah sudah tahu siapa yang akan berjaga malam itu. Mudah untuknya lakukan serangan.

Tempat pertama dituju Maria adalah bilik CCTV. Jam menunjukkan pukul 2 pagi, tak ramai pegawai yang bertugas, mudah untuknya mencelah dan membaca pergerakan mereka. Pada masa begini ada pegawai yang mengambil peluang untuk makan di kantin yang bertugas waktu malam. Hanya akan ada seorang yang akan bertugas di bilik CCTV.

Dan seperti yang diagak. Hanya seorang lelaki disitu. Maria senyum sinis di balik topeng dipakainya. Dia perlahan-lahan membuka pintu bilik itu. Ada seorang lelaki yang tekun memandang skrin CCTV yang beratur dihadapan wajah.

"Kau ada beli kopi tak?" Soal lelaki itu tanpa menoleh siapa dibelakangnya.

"Maaf!"

Zap!! Satu tusukan tidak dalam terkena di leher lelaki itu. Maria tarik nafas sebelum menarik lengan baju untuk melihat jam dipergalangan tangan. Lelaki ini akan tidur selama 30 minit itupun jika tiada orang yang mengejutnya.

Tepat dalam 30 minit lagi rakan kerjanya akan pulang dari kantin dan akan mengejut lelaki ini. Dan mereka akan bekerja seperti tiada apa yang berlaku kerana lelaki ini tidak akan ingat apa yang terjadi sebelumnya.

Dimasa itu, Maria memandang skrin CCTV terpampang dihadapanya. Dia harus menutup skrin yang menunjuk ke arah tempat tahanan Aria dan Lyra dan menukar ke sambungan CCTV yang lain.

Langkah perlahan-lahan bergerak dalam mata peka memandang sekeling. Tubuh hanya melekap ke dinding kerana hanya dinding itu yang gelap, jadi setiap pergerakanya tidak mudah dilihat dari mana-mana arah kerana pakaianya yang sudah gelap. Maria berhenti bergerak dan berundur kebelakang apabila ada seseorang yang baru keluar dari bilik tahanan. Dia menarik nafas panjang apabila orang itu hanya bergerak sambil memegang kertas ditanganya tanpa menyedari kehadiranya disitu.

Dia sudah hampir sampai di muka pintu. Di dalam ada 5 orang pegawai yang harus dia tidurkan. Maria memandang senjata dibelinya tempoh hari di pasar gelap. Hanya itu yang mampu dia guna sekarang. Dia tak mungkin membunuh mereka.

GAVRIELWhere stories live. Discover now