BAB 37

31.5K 2.6K 93
                                    

"Aria!" Lyra memandang Aria berwajah tegang sedang memandu.

"Aku tahu." Tangan Aria lincah membelok dari laluan ke perkampungan timur Feyre yang masih terletak jauh. Gear kereta ditukar sebelum dia mengejut berundur dan menukar arah perjalanan.

"Siapkan senjata. Kita mungkin diserang." Lyra berpaling melihat wajah tegang Camila dan Tessa di belakang. Kedua-dua mengangguk mengeluarkan pistol. Kepala menjenguk kepala kebelakang berjaga-jaga menerima serangan.

"Aku akan hubungan Maria." Lyra mengeluarkan telefon bimbit sebelum matanya membulat melihat skrin telefonnya tertera 'no signal.'

"Mereka tak bodoh Lyra. Rangkaian pasti perkara pertama yang mereka matikan. Dalam erti kata lain.." Mata Aria tajam ke depan. Ketiga-tiga perempuan dibawanya memandangnya.

"Kita telah dikepung." Dan mustahil untuk mereka berempat keluar dari sini.

Wajah Lyra berkerut memandang ke depan silauan cahaya kuat dari beberapa kenderaan dihadapan. Matanya menyipi terasa tegang. Air liur diteguk terasa kesat.

"Aria tukar arah!" Tessa menjerit.

"Tch! Kita dah terlambat!" Aria menoleh kebelakang melihat beberapa buah kenderaan berperisai menuju ke adah mereka.

Maria.. tolong kami..

•••

Seminggu kemudian..

"Wah Maria, kau nampak lawa!!" Finn menjerit teruja melihat Maria kelihatan cantik dihias Erin. Dalam ramai-ramai kawan mereka Erin paling pandai menghias muka. Rose juga tak tertinggal meletak hasil tangannya di tubuh Maria.

Walau dulu dia ada juga menyimpan rasa cemburu kerana Noah yang lebih berminat pada Maria. Kini dia sudah cukup dewasa untuk mengerti kenapa Maria dipilih berbanding gadis-gadis lain di Kem tentera itu.

"Terima kasih." Maria senyum tipis memandang rakan-rakannya silih berganti. Sepatutnya Lyra juga ada bersama, seperti dijanjikan. Lyra sepatutnya tiba disitu pagi hari ini. Mereka tidak dapat berhubung kerana perkampungan Timur Feyre yang tidak ada apa-apa rangkaian untuk mereka berhubung.

Bukan mereka tidak berduit untuk membina rangkaian. Tetapi untuk keselamatan. Rangkaian perkara paling bahaya untuk mereka letak disana. Di perkampungan Timur Feyre, tiada kemudahan seperti bandar-bandar biasa. Disana mereka hidup seperti orang zaman dahulu yang serba kekurangan kemudahannya.

Tapi segalanya serba indah.. Walaupun serba kekurangan, mereka dapat hidup dengan harmoni tanpa ancaman seperti dahulu lagi. Mungkin sebab itu punca kekuatan Timur Feyre terletak pada kesetiaan kaumnya sendiri.

"Lyra sepatutnya dah sampai kan? Jauh ke kampung dia?" Soal Erin hairan sambil melihat jam didinding. Mereka kini berada di rumah Noah, kerana Maria tiada keluarga ataupun rumah disitu. Oleh itu Noah memberi rumahnya untuk jadikan rumah tumpangan pengantin perempuan dan sahabatnya.

Semalam mereka berlima tidur disitu. Rose, Finn, Erin dan Zuri. Dan tidak satu pun dari mereka tahu siapa dia dan Lyra. Mereka tidak dibenarkan untuk mendedahkan identiti mereka pada mana-mana anggota walaupun serapat mana pun mereka.

"Boleh tahan jauh. Tapi sepatutnya dia dan Aria dah sampai." Maria tarik nafas berat. Hatinya mula rasa tidak enak.

"Sudah jangan difikir. Rosak seri makeup aku nanti. Jom, Noah dengan yang lain pasti dah tunggu." Finn menyedapkan keadaan dengan menarik tubuh Maria dari kerusi. Maria akur melihat diri sendiri dari biasan cermin. Satu senyuman tipis terukir dibibir.

NOAH sedikit tersentak disiku Rowen disebelah sebelum kepalanya diangkat memandang sang bakal ratu sehari diiringi perempuan berjalan melintasi mereka lantas menuju ke gerbang pelamin.

GAVRIELWhere stories live. Discover now