BAB 58

31.3K 2.6K 387
                                    

"Bagaimana kandungan kamu Maria? Apa anak kamu sihat setelah kamu berdegil mahu sertai Coup d'etat?"

Maria yang sedang berselera mengangkat kepala dengan sengihan.

"Ayahnda, jangan sebut. Nanti balik ada orang marah Maria.."

"Maria.. ehem!" Maria tak jadi menghabiskan bisikan apabila Noah menyepak kakinya dari bawah.

"Noah! Tak baik buat ibu mengandung macam tu!" Mata Maria membulat memandang Noah. Noah memasang riak tidak berperasaan membuat James yang melihat melepaskan tawa kecil.

"Papa tak sangka Maria berdegil ikut serta semasa Coup d'etat." James menyambung buat Maria gigit bibir.

"Maaf papa. Maria terpaksa." Balas Maria mendatar.

"Papa faham." James menghulur senyum tipis.

"Aku sudah halang James, tapi Maria dari kecil sehingga besar tak pernah berubah degilnya." Tangan Daud naik mengusap kepala anak angkatnya bua Maria mencebik bibir dituduh degil.

"Saya tak nafikan ayahnda." Noah mencelah buat mata Maria sekali lagi membulat seraya tajam menjeling suaminya.

"Noah.."

"Maria..." Suara Daud mendatar menegur Maria.

"Dia suami kamu, hormati dan ikut perintah dia. Sekarang kamu bukan Kapten Maria yang bebas lakukan apa yang kamu inginkan. Fikirkan kandungan kamu, fikirkan Noah." Kata-kata Daud buat Maria perlahan-lahan mengangguk kepalanya.

"Baik ayahnda." Maria memandang Noah tersenyum lebar seperti menayang wajah seorang baru memenangi peperangan. Tch!

"Oh ya James, aku berniat mahu lepaskan Lyra dari tahanan." Kata-kata Daud buat James tergamam.

"Kamu serius Daud?" Soal James kembali. Daud mengangguk dengan senyuman tipis.

"Lyra berhak untuk kehidupan yang lebih baik, dia sudah lalui banyak perkara yang mungkin tak mampu kita hadapinya." Suara Daud kedengaran kendur.

"Mungkin kebebasan Lyra akan dapat banyak penentangan dari Timur Feyre, tapi tak mengapa. Aku akan uruskan semuanya." Sambung Daud lagi. James hulur senyum tipis seraya mengangguk kepalanya. Walaupun Lyra dikatakan kepala dari peristiwa serangan Timur Feyre, tetapi sekurang-kurangnya keadaan sudah berubah sekarang.

"Jika itu yang kau nak. Aku akan usahakan, tetapi kami akan meletak tentera untuk pantau dia dalam tempoh tertentu."

"Rowen mungkin sesuai Papa." Maria menyampuk buat Noah menjeling memandang isterinya. Dia fikir tentera Elit seperti Rowen itu layak ditugaskan untuk jadi bodyguard Lyra?

"Terima kasih atas cadangan Maria. Nanti papa akak fikirkan." James melepas tawa kecil, entah dia senang dengan keramahan Maria. Cara Maria buat mereka seperti satu keluarga.

"Lyra dan Rowen.. Saya dan Noah.." Maria peluk lengan Noah sebelum melentok kepala di bahu lelaki itu. Noah keras tiada riak. Memang caranya memasang wajah begitu dihadapan orang lain. Dia segan untuk bermesra.

"Papa, dan ayahnda bila mahu cari pasangan baru?"

"Maria!" Membulat mata Noah memandang isterinya. Tak pernah ditanya orang sebelum ini. Maria satu-satunya yang berani bertanya soal itu.

Soalan Maria buat James melepaskan tawa kecil, Daud turut tersenyum. Dia sudah biasa dengan kenakalan Maria.

"Kami sudah tua Maria.. Saat ini ayahnda hanya memikirkan masa depan kamu dan anak-anak kamu. Dan cari cara untuk kekalkan kedamaiam ini."

"Tapi ayahnda perlukan seseorang untuk damaikan hati ayahnda." Mata Maria menyipi dengan senyuman nakal terukir dibibirnya.

"Aduhai kamu Maria.." James tidak dapat menahan diri dari melepaskan tawa mendengar celoteh Maria.

GAVRIELWhere stories live. Discover now