BAB 27

31.1K 2.5K 488
                                    

"Akhirinya secepat mungkin. Jangan seksa kawan saya seperti ini." Ujar Maria lembut meminta hayatnya segera dihabiskan. Asalkan sahabat-sahabatnya bebas ke tempat asal.

"Baik. Kalau itu permintaan terakhir kau. Aku kagum dengan semangat kau Maria. Jika kau tak khianati Gavriel. Mungkin kau akan jadi tentera wanita terbaik disini kerana telah berjaya tumpaskan 6 pegawai dalam masa kurang 1 jam." Noah menarik nafas panjang.

Esakan Lyra mula kedengan dalam mata yang terpejam.

"Saya anggap itu pujian untuk saya.." Maria tersenyum tipis. Sekurang-kurangnya ada juga memori indah diantara dia dan tunangnya sebelum dia pergi.

"Semoga kamu ke tempat indah." Noah menelan air liur. Buat pertama kali tanganya bergetar untuk melepaskan tembakan.

"Noah.. jangan.." Lyra geleng kepala.

Bang!

"Dia tunang kau Noah!!" Bergema pekikan Lyra diruang itu cukup buat semua disitu tergamam.
Sama ada tergamam dengan tembakan Noah atau kenyataan yang baru keluar dari mulut Lyra.

Buk!! Maria lemah terkulai di atas lantai.
Mata Noah membulat memandang gadis itu. Sama ada percaya atau tidak. Telinganya masih belum pekak mendengar apa yang diperkatakan Lyra sedangkan selama ini Lyra tidak pernah tahu dirinya sudah bertunang.

Jadi..

"Maria.."  pandangan Noah kelam.

"Aku dah agak kau tak akan tembak." Rowen memerhati lantai yang sudah tembus disasar rambang oleh Noah.

"Dia pengsan, kejutan dan kehilangan tenaga." Jett melutut meraba nadi Maria.

Lyra membuka mata perlahan-lahan memandang sekeliling. Tiada darah, hanya tubuh Maria sudah terkulai di atas lantai. Tubuhnya kembali meronta ingin mendapatkan sahabatnya.

"Maria!! Maria!!" Jeritan demi jeritan. Bagai sudah terlupa yang dia sudah membuka rahsia besar mereka.

"Bawa dia kehospital." Tak menunggu, Noah pantas mendukung Maria. Sempat dia menjeling ke arah Lyra yang keras berusaha meronta.

"Uruskan dia dan kumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin." Noah meninggal arahan lantas berlalu meninggalkan ruang itu bersama Maria dalam dukungan.

Rowen menarik nafas dalam lantas memandang Lyra dan Aria dihadapanya silih berganti.

"Apa yang sudah terjadi?" Tiada lagi suara dingin. Semua masih terkejut dengan kenyataan baru. Berharap segala persoalan segera terungkai.

"Aku tak akan cakap apa-apa sebelum aku jumpa Maria!" Tengking Lyra kasar. Kelihatan Rowen melepas keluhan berat lantas beralih memandang ke arah Aria.

"Aria.." Rowen melangkah mendekati Aria.

"Jangan Aria!!" Lyra terpekik terlolong dengan badan terkial-kial cuba membolos diri.

"Simpan tenaga kau Lyra! Sia-sia je kau cuba nasib nak lepaskan diri!" Geram Rowen memandang ke arah Lyra yang dari tadi tidak henti meronta.

Aria melepas keluhan berat.

"Umm!! Umpp!! Ump!!" Mata Lyra membulat memandang ke arah Rowen. Kini tiada lagi gangguan bising. Mulut Lyra juga sudah ditutup dengan kain.

"Kita sudah selesa untuk bercerita panjang." Rowen tenang menarik kerusi lantas melabuhkan duduk di hadapan Aria yang masih kemas terikat dikerusi. Berbeza dengan Lyra, Aria tidak banyak meronta seperti merelakan tubuhnya diikat disitu.

Lelaki lebih tahu apa itu erti sia-sia. Sebaiknya dia simpan tenaga dari lakukan perkara bodoh.

"Ump!! Ump!!" Mata Lyra membulat memandang ke arah Aria. Aria hanya mampu mengeluh. Sudah terlambat untuk putar masa Lyra.

GAVRIELWhere stories live. Discover now