BAB 28

30.3K 2.5K 370
                                    

"Saya dan Maria saling bergantung dari kecil. Kami saling memerlukan. Tak banyak yang saya tahu dari Maria kerana awalnya Maria seorang yang pendiam kerana trauma dengan peristiwa itu."

"Saya mula dekati Maria dan kami hidup seperti adik beradik."

"Bila makin menginjak usia remaja. Dimana sepatutnya kami sudah mempunyai pasangan untuk dikahwinkan di usia 18 tahun. Sejak umur 14 tahun sudah ramai lelaki yang melamar Maria tapi Maria menolaknya dengan alasan dia sudah mempunyai tunang. Sejak itu saya tahu yang Maria sudah bertunang daripada kecil."

Noah tidak beralih menatap ke arah Lyra.

"Disana kami perempuan diberi pilihan sama ada dikahwinkan pada usia 18 tahun atau menyertai Larcon dan berlatih untuk jadi mata-mata ke dalam Gavriel mahupun Duvan. Juga dalam bangunan kerajaan."

"Manakala setiap lelaki diwajibkan untuk menyertai Larcon untuk melindungi keluarga mereka nanti." Lyra melepas keluhan lantas memandang ke arah Aria yang diam tidak bersuara.

"Aku dan Maria memilih untuk menyertai Larcon. Perempuan yang kebanyakkan menyerai angkatan Larcon biasanya mereka yang mengalami trauma yang mendalam, dan bersedia untuk mengorbankan diri bagi melindungi Timur Feyre."

"Sebelum menyertai Larcon  ayahnda ada bertanya pada Maria, adakah dia akan batalkan perkahwinannya dengan tunang yang selalu disebut Maria sebelum ini. Dan waktu itu barulah Maria membuka cerita yang tunangnya masih belum ditemui. Dia tidak dapat menerima lamaran mana-mana lelaki selagi dia tiada khabar yang sahih tentang tunanganya." Mata Noah sedikit membesar dengan cerita Lyra. Dari kecil Maria selalu ditekan oleh orang tuanya agar tidak sesekali memutuskan pertunangan secara salah. Ataupun bercinta dengan mana-mana lelaki tanpa memutuskan pertunangan. Mungkin disebabkan itu Maria menolak lelaki-lelaki itu kerana berpegang dengan pesanan orang tuanya. Malah dia sendiri selalu diberi amaran sebegitu oleh Ibunya Elena sejak dia disahkan bertunang dengan Maria.

Walaupun waktu itu mereka sama-sama tidak mengetahui apa pun tentang pertunangan.

"Maria mula dedahkan identiti kau Noah, dan yang paling mengejutkan Ayahnda tahu dimana kamu berada. Katanya kau dibawa oleh tentera Gavriel kesini. Aktiviti perisikan yang kaum kami selalu jalankan buat kami tahu yang kau selamat berada disini."

"Jadi Maria tahu yang selama ini aku..?" Noah seperti tidak percaya.

"Yup, Maria tahu."

"Siapa ayahnda yang kau maksudkan? Siapa lelaki tu?" Soal Noah lagi. Lyra hanya membalas dengan senyuman tipis.

"Seorang lelaki yang menyelamatkan kami, dan membesarkan semua anak-anak yang kehilangan ibu dan ayah. Lelaki itu juga lah yang membentuk angkatan Larcon."

Noah terdiam sejenak. Bagai tayangan ulangan bermain di dalam kepalanya saat dimana dia mula melihat Maria. Maria pernah membantunya di misi genting Puan Adela. Maria yang pernah berjaya memukulnya dengan kayu pada latihan kadet. Maria yang kehilangan ahli kumpulan.

Dan Maria yang sama dibawanya pulang ke perkampungan lama Timur Feyre.

Itulah Maria tunangnya yang selama ini dia cari. Tapi dia tidak sedar sedikitpun! Jika dia tahu lebih awal, mungkin dia tidak akan pernah menyakiti gadis itu.

"Kau rasa bersalah Noah?" Lyra tersenyum sinis sambil memeluk tubuh lantas bersandar pada kerusi. Hatinya puas melihat wajah Noah saat itu. Pasti pelbagai perasaan menghimpit lelaki itu sekarang.

"Jadi aku dah tunaikan janji aku. Giliran kau pula tunaikan janji kau!" Lyra bersilang lutut lagak seperti seorang Diva yang sudah berjaya tumpaskan dua orang lelaki dihadapanya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now