BAB 5

36.2K 2.9K 195
                                    

9 Tahun kemudian. Kem tentera Gavriel, Khabi.

Seramai 80 orang pelatih baru yang dapat melepasi saringan untuk menyertai ketenteraan Gavriel. Nampaknya jumlah penyertaan Gavriel makin berkurangan.

"Selama sebulan kamu menjalani saringan untuk pemilihan kadet pelatih Gavriel. Tahniah saya ucapkan kepada 80 orang kadet yang terpilih." Ucapan dari James buat semua kadet mengukir senyuman lebar.

"Tapi jangan terlalu gembira. Disini tiada belas kasihan. Sesiapa sahaja boleh digugurkan kelayakan untuk jadi tentera Gavriel!" Ucapan James berubah tegas.

"James seperti biasa selalu menakutkan kadet dengan ucapanya." Loki menggaru dahi sebelum menggeleng kepalanya.

"Dan itulah cara dia mencari bakal tentera elit. Sejak Gavriel dibawah pemerintahanya. Tentera terdiri dari mereka yang mahir dan mempunyai kekuatan tersendiri. Itu yang buat Gavriel digeruni Duvan." Bisik Dan dengan senyuman sinis.

"Tak lupa anak lelakinya yang memain peranan penting dalam kem tentera." Loki berpaling melihat Noah yang berdiri tegak tak jauh daripada mereka bersama barisan tentera elit yang lain.

"Sikap dingin dia buat orang gerun. Kau rasa tahun ni dia ambil alih sebagai pelatih kadet lagi kah?" Soal Dan. Loki kelihatan berfikir sejenak sambil mengusap dagunya.

"Kalau dia yang mengambil alih pasti tiada belas buat kadet baharu ini. Seperti biasa." Loki tersenyum sinis memandang ke arah Noah berdiri tegak. Wajah itu dingin cukup buat orang gerun menatapnya. Walau usianya masih muda dari pelatih yang lain. Noah mampu membuat semua tentera elit yang lain patuh dengan apa yang dia arahkan.

"Kami tak ambil kira kamu lelaki ataupun perempuan. Disini kamu akan dilayan sama rata."

"Kami menerapkan kepercayaan dan kesetiaan. Siapa gagal dalam keduanya akan disingkir." James mengakhiri ucapanya dengan kata-kata keramat. Matanya tajam menatap satu persatu wajah disitu.

"Ucapan Tuan James buat bulu roma aku tegak!!" Bisik satu suara kecil di sisi. Gadis berambut hitam pekat paras dada itu berpaling dan menghadiahkan senyuman buat gadis disebelahnya.

"Kita sama-sama harunginya ya? Mungkin Tuan James ingin kita saling mempercayai dan setia pada Gavriel." Gemersik suara gadis itu memberi sokongan buat gadis disebelahnya mengangguk dengan senyuman.

"Terima kasih Maria.."

Maria mengangguk lantas tersenyum manis. Pandangan kembali dihala pada pentas dewan dan dia anak matanya singgah pada barisan tentera elit yang berdiri tegak disisi pentas.

"Lencana bercorak singa emas akan diberi kepada semua pelatih baru sebaik mereka melepasi tapisan untuk menyertai kem tentera. Di bawah logo lencana ini tertera nama panggilan kamu sepanjang kamu berkhidmat di Gavriel. Jaga lencana ini seperti kamu menjaga nyawamu sendiri.

" Jika lencana logo ini tertanggal ia akan disebabkan dua perkara. Sama ada kamu tewas di dalam misi dan kamu gagal menjadi tentera Gavriel. Jadi sila jaga dan pastikan ia tidak hilang." Kata-kata seorang tentera Elit buat pelatih Kadet meremang. Semangat berkobar-kobar untuk mendapatkan lencana itu pada masa yang sama. Terdapat beribu susah payah yang bakal mereka lalui di hadapan kelak.

"Asrul!"

Lelaki paling hadapan mengangkat tabik lantas bergerak menaiki pentas. Tuan James berdiri di tengah pentas memakaikan lencana di baju seragam mereka.

"Semoga berjaya menjadi tentera Gavriel yang disanjungi." James hulur senyum buat lelaki bernama Asrul itu teguk air liur. Buat pertama kali dia mendapat senyuman manis dari Tuan James!

GAVRIELWhere stories live. Discover now