BAB 18

27.5K 2.6K 50
                                    

"Saya masih mahu bersama Gavriel." Maria menjawab tenang. James yang mendengar menarik nafas lega.

"Saya harap apa yang telah terjadi tak patahkan semangat kamu." Ujar James. Matanya melirik memandang Noah tegak berdiri di belakang gadis itu.

"Saya anggap segalanya yang telah berlaku satu alasan untuk saya kekal di Gavriel. Saya hidup disini untuk lindungi ramai orang. Saya tak akan biarkan lagi ramai orang dianiaya." Kata-kata Maria penuh makna seperti satu azam sudah lama terpahat di dalam hati gadis itu.

"Baiklah, buat masa sekarang kamu akan berkhidmat di bawah arahan Noah. Saya turut menasihati Noah untuk berikan kamu rehat sementara waktu kamu pulihkan diri." James tarik nafas memandang Noah dan Maria silih berganti.

"Noah?"

"Saya terima Tuan!" James menahan diri dari menyungging senyum. Selama ini Noah selalu mengelakkan diri dan squadnya untuk berkhidmat dengan mana-mana tentera wanita. Bukan dia memperlekehkan kekuatan mereka tetapi bagi Noah wanita selalu beremosi tinggi dan akan mengganggu misi mereka.

Tetapi Maria. Entah apa yang istimewa dari gadis ini. Noah menerimanya dengan mudah. Mungkin namanya Maria?

"Kalau tak ada apa saya minta diri dulu." Maria berura-ura untuk bangun.

"Sebelum itu.." Maria berhenti bergerak dan berdiri menatap ke dalam mata lelaki separuh umur itu.

"Boleh saya tahu punca kematian ibu dan ayah kamu? Kenapa mereka dibunuh? Kenapa kematian mereka tiada pembelaan?" Soal James. Wajah Maria kelihatan berubah buat seketika sebelum gadis itu cepat mengawalnya.

"Anggaplah ianya satu penderitaan dicipta kerajaan. Satu hari nanti saya akan menuntut pembelaan keatas semuanya." Balas Maria mudah. James mengangguk faham sebelum anak matanya memandang Noah masih tenang beriak kosong berdiri di belakang gadis itu.

"Jadila lebih kuat. Saya akan mendokong kamu." Ujar James sebelum membenarkan dua manusia itu beredar dari biliknya.

Sepanjang pemanduan pulang, Maria seperti hari-hari sebelumnya. Lebih memilih untuk mendiamkan diri dari berbual dengan askar elit di sebelahnya. Jika gadis lain diberi peluang berdua bersama Noah pasti tak kering gusi gadis itu bertanya soal itu dan ini. Tapi Maria..

Mungkin perkara yang berlaku minggu lalu berikan dia tekanan yang dalam sehingga sampai sekarang gadis itu masih dilanda mimpi ngeri. Puas Lyra dan kawan lain cuba bercakap atau menghiburkan gadis itu. Tapi Maria hanya melayan sekadar mengambil hati rakan-rakannya. Tapi di dalam hatinya, dia masih berdarah.

"Kapten.."
Noah berpaling memandang Maria disebelahnya. Mata gadis itu kosong memandang kehadapan.

"Latih saya untuk jadi lebih kuat." Ujar Maria tiba-tiba. Noah mengerut dahi sehingga menimbul garis-garis disitu.

"Latihan kadet kamu sebelum ini masih belum cukup?"

"Saya mahu jadi lebih kuat, lebih kuat dari sebelumnya sehingga saya dapat lindungi semua orang." Mata seperti membayang tompokan darah dan limpangan mangsa yang terkorban di hadapan matanya tempoh hari. Dia hanya mampu menjerit dan meraung tanpa mampu berbuat apa.

"Kita manusia biasa Maria. Tiada sesiapa mampu jadi kuat dan mempunyai magic melindungi semua orang seperti di situasi kamu. Kalau saya diwaktu itu sekali pon saya tak mampu memastikan semua disitu selamat. Sudahlah menyalahkan diri." Sejak dua menjak ini patah perkataan keluar dari mulut Noah agak banyak dari sebelumnya.

"Sekurang-kurangnya. Saya dapat mengurangkan jumlah kematian dan pastikan kawan-kawan saya selamat." Maria memandang Noah disebelah. Bagai ada satu perasaan menekan dirinya saat ini.

GAVRIELWhere stories live. Discover now