BAB 9

30.4K 2.6K 88
                                    

"Dua lelaki itu sudah buka mulut?" Soal James dingin. Dia mengerling sekilas memandang wajah anak terunanya lebam dikerjakan.

"Belum. Mereka bukan orang biasa. Mereka terlatih." Balas Noah mendatar.

"Tapi Noah, tindakan kamu membawa kadet sebagai penyamaran memang satu tindakan yang bijak. Tapi salah!" Dan menyampuk buat Noah menunduk wajah bersalah.

"Maafkan saya."

"Dia boleh terbunuh bila-bila masa. Bagaimana dia dipaksa bertempur dalam keadaan dia masih lemah?" Dan mengomel. Noah hanya diam tidak melawan. Dia tahu silapnya.

"Sudahlah Dan. Semua sudah selamat. Dan Noah. Maaf kami terpaksa gantung perkhidmatan kamu selama sebulan kerana membahayakan kadet." Ujar Loki mendatar. Wajah Noah bersahaja sepertinya dia sudah mengagak hukuman yang bakal dia terima.

"Sepertinya kamu sudah lama tak pulang ke rumah." James menepuk bahu Noah memberi hint. Noah tersenyum tipis lantas mengangguk kepalanya.

"Jadi bagaimana keadaan budak Kadet itu." Soal Dan.

"Dia masih di pusat kesihatan. Saya hanya tinggalkan dia disitu sebelum berlalu membuat laporan." Balas Noah.

"Nampaknya James kamu berjaya mendidik anak mu jadi lelaki tak budiman." Loki mengkritik buat James dan Noah sama-sama menjenggil mata memandang kearanya.

"Wow! Aku salah cakap.." Loli menekup mulut dengan tapak tangan. Gerun dipandangan dengan mata tajam dua beranak itu.

"Kita perlu tengok keadaan dia." James bangun berdiri buat Loki, Dan dan Noah tergamam.

"Kau serius?" Soal Dan. James mengangguk sahaja sebelum berlalu meninggalkan mereka bertiga yang masih terkebil-kebil.

"Banyakkan berehat. Wajah kamu sudah pucat kerana kehilangan darah."

"Terima kasih doktor." Balas Maria lemah.

"Tindakan yang berani untuk kadet pelatih seperti kamu. Semoga ia tak patahkan semangat kamu di dalam Gavriel." Doktor perempuan berkaca mata bulat itu sempat meninggalkan pesanan sebelum berlalu.

Maria senyum tipis memegang lehernya.

"Nampaknya kamu tenat." Sapa satu suara di balik pintu. Maria pantas mengangkat wajah memandang Remy melangkah masuk dengan senyuman.

"Dia sudah sihat lah." Rowen menjenggil mata dengan sikap terlebih prihatin Remy.

"Tuan Komander macam mana? Tembakan itu.." Maria memandang tubuh Remy yang sudah berbaju tashirt kosong. Rasanya Noah juga ditembak, walaupun mereka memakai vest kalis peluru. Hentakan peluru yang kuat mampu buat kulit dan dalaman terasa sengatnya. Kemana lelaki itu?

"Haa boleh tahan lah. Belakang saya bengkak dan vest dipakai saya tadi hampir pecah." Selamba Remy mengangkat baju menunjuk tubuhnya berbalut dibelakang. Maria tersenyum kekok.

"Memalukan tunjuk badan dihadapan perempuan!" Entah datang dari mana seseorang menarik baju diangkat Remy kembali jatuh kebawah.

"Tch!" Remy menjuih bibir kearah Noah yang entah muncul dari mana.

"Noah!" Tiga-tiga mata lelaki itu serentak memandang kearah Maria.

"Ma..maksud saya. Kapten Noah." Maria teguk air liur.

"Kamu nampak sihat." Noah memandang wajah Maria dan leher wanita itu silih berganti. Maria laju mengangguk.

"Saya sudah sihat."

"Dia cuma perlukan rehat, dia banyak kehilangan darah." Rowen mencelah melaporkan keadaan Maria pada kapten pasukannya.

"Noah, kau digantung?" Soalan Remy kepada Noah buat Maria tersentak dan memandang Noah berwajah tenang tidak menidakkan apa yang keluar dari mulut lelaki itu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now