ANGEL EYES 9

17.3K 1.9K 210
                                    

Markas Penentang Kerajaan (Duvan) 11 malam

Angel melangkah diikuti beberapa orang Duvan dibelakang, matanya melilau memandang di ruang bawah tanah yang terkurung kanak-kanak masih kecil memandangnya penuh sayu.

"Aku akan menginap disini." Angel berhenti melangkah memandang ke arah orang Duvan itu.

"Tapi mereka semua kanak-kanak?" Bukankah selera Angel cuma pada lelaki yang sudab dewasa?

"Tiada lelaki dewasa dalam tahanan ini bukan? Paling tua pun hanya remaja 16 tahun. Kau fikir aku akan puas?" Angel memandang garang buat dua orang Duvan itu berpandangan sesama sendiri.

"Tinggalkan aku dan pergi." Angel menekan pin pintu menuju ke bilik kanak-kanak itu. Kali ini urusannya mudah, Ivan terus menghantarnya ke bilik tahanan. Ivan sudah pasti masih menyimpan curiga padanya, sebab itu dia berada di dalam ruang tahanan itu.

"Baik, selamat malam." Orang-orang Duvan itu nenunduk sedikit kepalanya seraya berlalu meninggalkan Angel dimuka pintu bilik tahanan kanak-kanak itu.

Angel bercekak pinggang melihat seorang demi seorang kanak-kanak sedang ketakutan memandang ke arahnya. Mereka masih lemah, badan mereka kurus tidak mendapat makanan yang mencukupi. Baju mereka juga sangat lusuh.

"Kamu semua sudah sedia untuk dapat misi pertama kamu?" Soal Angel pada anak-anak itu. Rata-rata mereka terkelu tidak mengerti.

"Hai saya Lucy." Lucy hulur kad nama pada seorang Duvan yang berjaga di muka pintu markas.

"Doktor?"

"Yeah saya doktor muda diiktiraf." Lucy kebas rambut bangga.

"Jadi buat apa kamu disini?" Soal lelaki itu. Lucy mengerut dahi tidak percaya dengan soalan itu.

"Saya dapat panggilan dari orang di markas ini untuk tugasan special. Katanya ada 4 orang mayat Timur Feyre..."

"Masuk!!" Belum sempat Lucy habiskan ayat dia terus ditolak masuk oleh seorang Duvan. Lucy senyum jengkel.

"Saya tak sabar nak bermain darah." Laungnya seorang diri buat si Duvan di depan pagar meneguk air liur sendiri. Gadis gila!

"Bilik doktor Lucy di sebelah sini.." Seseorang membawa Lucy ke asrama penginapan.

"Organ itu elok dikeluarkan malam ini juga sebelum ianya rosak." Sambung Lucy tenang.

"Hah?" Orang itu terkebil.

"Saya mahu keluarkan organ orang Timur Feyre itu malam ini juga. Kamu baru ada pengalaman merobek organ mayat?" Soal Lucy kedengaran kejam. Orang itu meneguk air liur seraya menggeleng kepalanya.

"Sepatutnya jadual doktor tiba disini esok hari.."

"Saya ubah semuanya sebab kali ini melibatkan Timur Feyre.." Lucy dekatkan mulut di telinga gadis Duvan itu.

"Awak tahu kan bertapa bernilainya organ Timur Feyre? Saya tak akan lambat-lambatkan perkara bernilai." Bisik Lucy tepat di telinga orang itu. Wajah gadis Duvan itu serta merta berubah tegang dan pucat tidak berdarah.

"Ba..baik!" Mereka menukar arah ke bilik menempatkan bilik-bilik mayat Timur Feyre tadi.

"Arhh! Busuknya!" Lucy menjerit.

"Ma..maf Doktor Lucy. Mungkin bau darah mayat mereka.."

"Kamu semua patut letak mereka dalam peti mayat! Kalau macam ni organ mereka boleh rosak!" Marah Lucy pada orang-orang yang berjaga di pintu bilik itu.

"Maaf Doktor. Kami tiada kelengkapan peti mayat."

"Oh miskin rupanya.." Lucy senyum tipis seraya menolak daun pintu. Dia perasan orang-orang Duvan mengetap gigi terkesan dengan ayat terakhirnya.

GAVRIELWhere stories live. Discover now