BAB 4

35.2K 2.8K 141
                                    

Noah mengikut langkah kaki lelaki-lelaki dihadapanya. Matanya dibayang mimpi-mimpi hitam sebaik mereka sampai ke pekampungan lama sudah bertahun terbiar tanpa penghuni. Daerah Timur Feyre tempat dia dilahirkan dan dibesarkan satu ketika dahulu.

Keadaan rumah disitu lusuh terbiar, pudar. Tidak bewarna seperti dahulu. Mata-mata bagai menangkap kenangan satu ketika dahulu dimana dia berlari-lari bersama Maria mengejar angsa Pak Cik Malik di laman rumah Maria.

"Noah.." Noah mengangkat wajah memandang ke arah papanya. Dia mengangguk seperti mengerti sebaik melihat papanya ingin masuk ke dalam rumah lama mereka.

Melihat keadaan rumah sudah tidak terurus Noah tarik nafas panjang. Pasti ada pencuri sudah masuk ke dalam rumah mereka cuba mencari barang berharga untuk dijual.

"Noah!" Noah berpaling memandang ke arah Loki yang memanggil. Dia pantas bergerak ke arah Loki yang mencangkung di hadapan sebuah beg lusuh dipenuhi habuk dan sarang labah disekitarnya.

"Ini beg sekolah kamu?" Soal Loki. Noah mengangguk lantas menepuk-nepuk beg itu bagi menghilangkan habuk. Sebaik itu dia membuka beg sekolah itu dan mengeluarkan isi didalam. Buku juga sudah lusuh. Noah menarik nafas panjang. Dia rindu ingin kembali ke saat itu.

Saat dia masih berbaring di atas riba Elena. Saat dia masih mampu mencium Elena setiap pagi sebelum berangkat ke sekolah. Segalanya sudah berubah begitu pantas.

"Siapa dia?" Dan yang berada di dalam bilik Noah menyoal sebaik melihat bingkai gambar kecil di dalam laci Noah. Gambar seorang kanak-kanak lelaki bersama kanak-kanak perempuan di atas pelamin sederhana.

Noah melangkah mendekati Dan dan tersenyum tipis.

"Maria.."

"Adik kamu?" Soal Dan. Rasanya James hanya mempunyai anak seorang. Jadi yang seorang ini siapa?

"Tunang saya."

"Ohh.. erk ha?!!" Hampir jatuh rahang Dan mendengar jawapan tenang Noah.

"Budak berumur berumur 9 tahun pun dah bertunang tapi kau yang dah nak masuk 40 baru nak bertunang dan berkahwin." Loki memerli di muka pintu bilik buat Dan mengetap gigi mengecilkan mata memandang sahabatnya.

"Tapi betulkah ini tunang kamu Noah? Kamu bermain-main?" Soal Dan serius ingin tahu. Noah mengangguk lantas mencapai bingkai gambar di tangan Dan.

"Kami bertunang beberapa bulan sebelum kejadian tu." Balas Noah mendatar. Matanya redup memandamg wajah kecil Maria yang masih belum mengerti apa-apa.

"Tapi kenapa kamu berdua ditunangkan dalam usia yang begitu muda?" Soal Loki pula.

"Adat orang Timur Feyre untuk menjaga keturunan mereka. Disebabkan orang timur Feyre hampir pupus kerana sejarah hitam satu ketika dahulu. Orang-orang Timur Feyre mula menentukan takdir jodoh anak mereka sejak kecil." James menyampuk menjawab persoalan.

"Mereka percaya jika anak gadis dikahwin awal, maka gadis itu akan selamat dijadikan mangsa pemerdagangan tragis. Seusia 17 tahun anak-anak muda dikahwinkan disini."

"Jadi apa kaitan dengan tunangkan kanak-kanak yang masih muda?" Soal Dan pula.

"Anak-anak lelaki di pekampungan ini terhad jadi ibu bapa akan cepat-cepat mencari jodoh untuk anak gadis mereka. Dan dengan pertunangan pada usia muda. Kedua kanak-kanak lelaki dan perempuan itu akan saling terikat jadi mereka akan dikahwinkan juga pada usia 17 tahun."

"Apa Timur Feyre mengelak diri dari membiarkan keturunan mereka berkahwin dengan kaum lain?" Tebak Loki. James tidak mengangguk tidak juga menggeleng.

"Mungkin mereka serik dikhianati kerajaan satu ketika dahulu." Balas James mendatar. Noah mengeluh lantas beredar meninggalkan tiga lelaki itu di rumah itu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now