BAB 22

27.6K 2.4K 83
                                    

Hampir 2 jam memandu, tepat pukul 4 pagi mereka sampai bandar utama. Masing-masing masih dengan mata yang segar kerana peristiwa sebentar tadi. Tapi tiada seorang yang mahu memulakan bertanya siapa mereka sepertinya keempat lelaki itu telah biasa diserang mengejuy seperti tadi.

"Telefon aku mana?" Soal Noah. Mereka hanya meninggalkan telefon bimbit di dalam kereta memandangkan perkampungan Timur Feyre itu tidak mungkin ada rangkaian.

"Dalam dashboard." Balas Jett. Sebaik itu Noah bergerak membuka dashboard lalu mencapai telefon bimbitnya. Dari biasan cahaya skrin Maria dapat memerhati wajah itu berkerut membaca sesuatu sebelum Noah menekan skrin telefon lalu ditekap ditelinga.

"Apa yang terjadi?" Seseorang sudah menjawab panggilan apabila Noah tiba-tiba bertanya soalan. Suaranya agak serius dari kebiasaan.

"Mereka dimana sekarang?"

"Okay kami kesana." Panggilan dimatikan Noah. Kelihatan lelaki itu melepas keluhan berat. Maria tidak lepas memerhati sebelum Noah tiba-tiba berpaling kebelakang memandangnya.

Dup!
Pandangan mereka bersatu bagai genjatan buat Maria meneguk air liur. Perasaanya mula rasa tidak enak.

"Kita ke hospital besar." Noah kembali berpaling ke hadapan memberi arahan pada Jett yang sedang memandu. Jett hanya mengikut tanpa sebarang bantahan.

Tiada seorang pon dari mereka mengajukan soalan untuk apa mereka ke hospital besar. Maria juga turut membisu suara apabila yang lain diam dan menanti arahan selanjutnya daripada Noah.

Sebaik mereka tiba di perkarangan hospital besar itu, ada beberapa orang pegawai sudah bertugas disitu. Noah, Maria dan yang lain turut keluar daripada perut kereta mendekati pegawai-pegawai itu. Jika dikira mungkin 4 orang kesemuanya.

"Tuan!" Serentak keempat pegawai itu mengangkat tabik pada Noah yang baru tiba.

"Mereka sudah sampai?" Soal Noah.

"Belum tuan. Bantuan sedang membawa mereka kesini kerana hospital daerah tidak mampu melakukan pembedahan segera." Balas seorang wanita bertag mama Akma. Maria berpaling memandang sekeliling.

Mungkin ada tentera yang cedera semasa melakukan misi.

"Ceritakan detail dan sediakan report keseluruhan selepas ini." Noah menepuk bahu seorang pegawai disitu sebelum berpaling melihat beberapa van kecemasan milik Gavriel sedang masuk menuju ke lobi utama hospital. Sudah beberapa orang jururawat dan doktor tersedia disitu menerima pesakit.

Bunyi seren ambulance bingit kedengaran buat beberapa lagi jururawat keluar dari hospital. Maria turut bergerak menhampiri apabila Noah dan yang lain melangkah bergerak menghampiri van itu.

Ada 3 buah Van semuanya. Mata Maria memandang Van pertama mengeluarkan pesakitnya dari stracher dan serta merta matanya terpaku melihat susuk yang keluar. Tubuh Hakim salah seorang rakan pelatihnya dahulu. Tubuh Hakim yang lemah ditolak laju oleh doktor dan jururawat masuk ke dalam hospital.

Maria teguk air liur. Perasaanya rasa tidak tenteram. Matanya memandang jauh kehadapan. Hakim adalah salah seorang ahli dalam kumpulan Lyra. Adakah Lyra baik-baik sahaja?

Tubuh kedua dibawa keluar dari Van kedua. Maria tekup mulut sendiri melihat Aria yang sedarkan diri dalam menahan kesakitan dengan wajah berkerut-kerut. Maria ingin menjerit memanggil lelaki itu. Tapi suaranya dibatas. Dia hanya mampu memerhati dari jauh.

Melihat Van yang terakhir hati Maria debaran. Pintu Van dibuka laju. Ada satu kaki yang keluar terlebih dahulu. Berbaju seragam. Dan orang itu. Rose..

GAVRIELWhere stories live. Discover now