BAB 5

17.4K 921 38
                                    

***

Kereta Hud berhenti betul-betul di depan sebuah rumah banglo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta Hud berhenti betul-betul di depan sebuah rumah banglo. Suasana di situ seperti ada majlis yang berlangsung. Hud keluar dari keretanya dan membuka pintu belakang untuk mengambil plastik barang yang dibelinya tadi.

Hud yang baru ingin melangkah masuk ke dalam rumah itu menoleh ke belakang. Langkahnya diatur menuju ke tepi bahagian penumpang. Cermin kereta diketuk.

Melissa membuka pintu kereta, masam sahaja wajahnya.

"Nak mati lemas dalam kereta ni ke?" tanya Hud lalu berlalu pergi.

Melissa mendengus. Geram dia dengan sikap Hud. Pintu kereta dihempas kuat.

Hud masuk ke dalam rumah dan menghulurkan plastik tadi pada Najihah.

"Lambat betul kau beli barang, nasib baik tak ramai lagi yang datang"

Belum sempat Hud menjawab..

"Assalamualaikum" Melissa memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.

Najihah memandang Hud hairan tapi tetap menjawab salam Melissa tadi.

"Apa? Aku kutip dia tepi jalan tadi" kata Hud yang seakan faham riak wajah kakaknya yang jelas hairan bercampur curiga itu.

Puan Raudhah yang baru turun dari tingkat atas sambil mendukung Adam itu menyapa Hud dan Melissa.

"Eh Hud bawa buah hati ke tu?" usiknya sambil tersenyum manis.

"Bbbukann la " tergagap Hud menjawab.

Melissa hanya membalas senyuman Puan Raudhah itu.

"Malu malu pulak" usiknya lagi.

"Ikut mama la nak percaya ke tak." kata Hud lalu cepat cepat menghilangkan dirinya ke dapur mengikut kakaknya tadi.

Melissa ditinggalkan sendirian di situ.

"Dah lama ke bercinta dengan Hud?" tanya Puan Raudhah memulakan perbualan.

Hendak tercekik Melissa dengan soalan itu.

'Bercinta dengan Hud? Huh lambert lagi' getus hatinya.

"Errrr eh saya dengan Hud tak bercinta pun errr" kata Melissa tidak tahu hendak memanggil Puan Raudhah apa.

"Panggil je aunty Raudhah, lepas kahwin boleh panggil mama pula" usiknya lagi.

"Aish ke situ pula aunty ni. Betul, saya tak ada apa-apa pun dengan Hud." kata Melissa sambil tersenyum tawar.

Jelas terpapar riak wajah kecewa Puan Raudhah.

"Aunty salah la ni? Haih entah bila la si Hud ni nak bawak balik menantu perempuan untuk aunty." keluhnya perlahan namun jelas didengari Melissa.

'Perangai macam tu memang sampai sudahlah tak ada orang nak' kata Melissa di dalam hati sambil mulutnya mengukir senyum.

"Aunty nak panggil awak apa?" tanya Puan Raudhah.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now