BAB 12

16.8K 936 44
                                    

***

Tanpa kita sedari, ada beberapa perkara yang kita sendiri tak mampu untuk mengelak, contohnya jatuh cinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa kita sedari, ada beberapa perkara yang kita sendiri tak mampu untuk mengelak, contohnya jatuh cinta. Sekuat dan sebanyak mana pun mulut menidakkan, hati pula bagaimana?

Melissa duduk di meja kerjanya. Mujur hari ini butiknya tak ramai orang. Bolehlah dia berangan kejap.

Teringat dia peristiwa minggu lepas ketika terjadinya lawatan mengejut dari Puan Raudhah ke rumah mereka. Mama datang tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. Kelam kabut dibuatnya. Terpaksa mereka berlakon di hadapan mama seolah-olah mereka berkongsi bilik padahal tidak. Minggu lepas juga terbongkarlah rahsia bahawa dia cuma pandai memasak satu jenis hidangan sahaja. Hud? Bukannya nak backup malah mentertawakannya.

"Kau tidur je la atas katil ni.. Tak payah beria nak tidur atas lantai" kata Hud.

"Ish tak nak la. Bahaya la. Takut nanti jadi sesuatu" jawab Melissa.

"Sesuatu apa?" soal Hud tanpa perasaan.

"Ada la. Syuben tu bukan boleh percaya, kot kot ambil kesempatan dalam kesempitan ke kan?" jawab Melissa.

Bantal ditangan Hud tepat dibaling ke muka Melissa. Melissa mengaduh.

"Aduh, lain kali warning dulu sebelum baling" kata Melissa. Nasib baik Hud tidak menggunakan seluruh tenaganya ketika membaling bantal tersebut.

"Siapa yang ambil kesempatan dalam kesempitan sekarang ni? Siapa yang peluk aku semalam? Aik hilang ingatan ke?" soal Hud kembali.

Merah muka Melissa menahan malu. Bukan dia tak ingat, dia malu untuk ingat semula.

"Itu lain. Itu memang kesempitan, tapi baby tak ambil kesempatan tau. Tu tak sengaja... Elelelelee padahal suka kan? Suka ada orang peluk sampai subuh pun tak pandai bangun sendiri" Balas Melissa.

Belum sempat Hud menjawab Melissa sudah mendekatinya. Tali hoodie yang dipakai Hud dipintal dengan jari telunjuknya. 

"Kalau suka, bagitahu... Baby boleh peluk syuben lama-lama. 24 jam pun boleh.. Depan, kanan, kiri semua baby boleh peluk tau" ujar Melissa sambil tersenyum penuh makna.

"Dahlah, baby malas layan. Baik baby borak dengan mama" ujarnya lantas Melissa berpaling daripada Hud untuk menuju ke luar bilik namun tubuhnya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Tubuhnya statik.

"Like this too?" soal Hud berbisik di telinga kanan Melissa. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Melissa dapat lihat senyuman Hud itu dari pantulan cermin di hadapannya. Melissa terpaku. Detak jantungnya semakin laju. Gulp.

"Seems like someone's heart's gonna explode soon..." bisiknya lagi. Makin memerah muka Melissa dibuatnya.

Pelukan Hud dileraikan sebelum lelaki itu keluar dari bilik seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now