BAB 22

18.6K 1K 90
                                    

***

Pagi itu, Hud bercadang untuk pergi berjogging di tepi tasik yang berhampiran dengan kediaman mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi itu, Hud bercadang untuk pergi berjogging di tepi tasik yang berhampiran dengan kediaman mereka. Sedang dia mengikat tali kasutnya, Melissa muncul di muka pintu sambil tersengih.

"Saya nak ikut awak boleh?" soal Melissa.

Hud hanya diam.

"Boleh ke kau jog? Nanti semput tengah-tengah jalan macam mana? Tak payah la ikut, babygirl" ujar Hud.

Melissa mencebik.

Mentang-mentang dia tidak pernah keluar berjogging, sesuka hati Hud sahaja merendah-rendahkan dirinya.

Melihat wajah Melissa yang masam itu, Hud akhirnya bersuara.

"Ye lah, ye lah." kata Hud mengalah. Melissa terus mengukir senyum. Kasut berwarna pink berjenama Nike dikeluarkan dari almari kasut.

Melissa terkial-kial mengikat tali kasutnya

"Cepat sikit boleh tak babygirl?"

"Sekejap lah." jawab Melissa. Matanya masih tertumpu pada tali kasut yang dipakainya ketika ini.

Hud berjalan menghampiri Melissa.

"Tali kasut pun tak pandai ikat ke babygirl?" Hud menundukkan badannya lalu duduk bercangkung di hadapan Melissa. Tali kasut Melissa diikat dengan kemas.

Melissa tempempan. Dalam diam hatinya berbunga. Hud bangun setelah selesai mengikat tali kasut Melissa.

"Jom"

Ujar Hud sebelum memanaskan badan dan memulakan larian. Melissa hanya mengejar dari belakang. Semakin lama, Hud dirasakan semakin laju ke hadapan. Melissa berhenti. Nafasnya cuba diatur supaya kembali normal.

Matanya tercari-cari kelibat Hud.

Tiada.

Melissa menoleh memandang sekeliling kawasan itu, mencari Hud.

Namun, hampa.

'Sampai hati tak tunggu! Mentang-mentang dia lari laju, ditinggalkannya kita sorang-sorang?' detik hati Melissa tak puas hati.

Melissa berjalan bersahaja. Sudah hilang semangatnya hendak berjogging tadi. Kepalanya hanya ditundukkan sepanjang jalan.

"Orang jalan pandang depan, bukan pandang bawah" tegur satu suara. Melissa mengangkat wajahnya tatkala mendengar suara yang amat dia kenali itu.

Hud sedang duduk di sebuah bangku kosong di tepi tasik. Laju sahaja kaki Melissa menapak ke arah Hud.

"Awak ni. Tak aci tau! Tak gentle langsung tinggal saya jogging sorang-sorang" kata Melissa menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Melissa mengambil tempat duduk berhadapan dengan Hud. Hud tak menjawab sebaliknya meneguk air minuman di dalam botol mineral yang dibawa dari rumah tadi.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now