BAB 2

21K 1K 15
                                    

VOTE DULU YE GAISSSS EKK✌🏻

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Melissa Adanni melangkah masuk senyap-senyap ke dalam rumah banglo milik datuknya. Dia tidak mahu datuknya itu perasan akan kepulangannya yang lewat itu.

Baru sahaja kakinya hendak menjejak tangga untuk naik ke biliknya....

"Ehem.." Melissa membulatkan matanya.

'Aduh kantoi' katanya di dalam hati.

Senyuman janggal diukir di bibirnya. Dia menoleh ke arah empunya suara yang menegurnya tadi.

Seorang lelaki tua berusia dalam lingkungan 70-an sedang berdiri dengan tongkat di muka pintu biliknya. Rambutnya sudah memutih.

"Tokpa. hehehe kenapa tak tidur lagi?" tanya Melissa.

Muka tokpa yang serius itu buat dia kecut perut.

"Tokpa tunggu cucu perempuan tokpa ni la, 2 pagi baru nak balik?? "tanya Datuk Seri Farid kembali.

"Errr..." Melissa tidak tahu apa yang mahu di jawabnya.

"You are a girl Melissa Adanni. Jangan keluar sampai lewat malam, tak manis"

"Em tapi tokpa" belum sempat dia mahu memberikan alasannya tokpa memotong.

"No tapi tapi, make sure lepas ni balik before 11 malam" fuhh arahan mandatori.

Melissa memuncungkan bibirnya tanda protes lalu menganggukkan kepalanya akur. Tangga didaki menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup kasar.

"Haih, dah besar pun still kena control. Orang nak enjoy dengan kawan je kot." katanya sambil menghempaskan badannya ke atas katil empuk bersaiz king itu.

Iphone 11 pronya diambil. Aplikasi whatsapp dibuka. Ada beberapa chat yang belum dibaca.

Termasuklah satu chat daripada Harith Hazreeq.

'Can't wait to see you soon pretty❤'

Melissa segera memadamkan chat tersebut.

'Euww, siapa entah yang nak jumpa dia. Tak faham betul dia ni, orang tak nak tu tak nak la'

Dalam hatinya memaki maki Harith yang sejak dulu cuba untuk memikatnya. Dia tak mahu menjalinkan apa apa hubungan dengan Harith, tidak sama sekali.

Baginya, lelaki bukan segala-galanya. No need to rush.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now