BAB 39

13.8K 837 47
                                    

***

Farah mengenggam erat tangan Melissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farah mengenggam erat tangan Melissa. Beberapa mata di situ memandang ke arah Farah yang sudah cantik berpakaian pengantin. Sesekali veil putih dikepalanya beralun tatkala ditiup angin yang masuk menerusi pintu sliding yang terbuka luas itu.

Melissa mendekatkan dirinya dengan Farah seraya berbisik perlahan.

"Lek lek je lah pengantin baru." sengaja mengusik Farah yang jelas jelas sedang tak tentu arah itu. Sesiapa sahaja pasti berdebar ketika mereka berada di situasi itu.

Tatkala tok kadi sudah duduk berhadapan dengan Shah yang segak memakai baju melayu krim sedondon dengan Farah, Melissa meminta diri untuk beredar sebentar.

Farah memandang Melissa dengan riak wajah hairan.

"Pergi mana?" bisik Farah perlahan.

"Kejap je" bisik Melissa. Majlis diteruskan seperti biasa.

Terus langkah Melissa dibawa menuju ke luar rumah. Semakin cepat Melissa berjalan ke arah pintu pagar hadapan. Sesekali kain baju kurung yanh dipakainya diangkat sedikit bagi memudahkan dia berjalan dengan laju.

Betul sangkaan Melissa, muncul sudah minah tak cukup kasih sayang ni. Dengan hanya berkaca mata hitam dan berbaju kurung hitam, dia berjalan ke arah pagar tanpa perasan akan Melissa yang sedang berdiri di situ. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam kawasan pagar itu, tubuhnya dihalang oleh Melissa.

"Hey!!" marah Afeefah.

"Kad? Orang yang ada bawak kad jemputan je boleh masuk" kata Melissa.

Afeefah mencebik. Dia berpura-pura mencari kad di dalam tas tangan putih yang tersangkut di bahunya.

"Erm, I rasa I tertinggal lah kad tu. Tak apa, bagi je I masuk, I kawan Shah" kata Afeefah.

Melissa mengukir senyum sinis.

"Kau ingat kau pakai spek mata hitam macam ni aku tak kenal kau ke? Dah lah Afeefah, kalau kau datang nak rosakkan majlis, baik batalkan je niat kau." kata Melissa.

"Majlis ni memang patut dirosakkan lah. Aku dah cakap kan? Kalau aku tak dapat Shah, tak ada siapa boleh dapat dia!" marah Afeefah.

"Itu apa yang kau cakap. Tapi kau bukan Tuhan, Afeefah. Stop je lah rancangan bodoh kau tu. Orang dah tak nak, buat apa kau nak beria lagi?" balas Melissa.

Sayu sebentar wajah Afeefah. Namun tak lama kemudian, dia menolak kuat Melissa yang seakan menghalang laluannya itu. Melissa hilang keseimbangan dan hampir terjatuh. Mujur ada tangan lain yang lebih tangkas menahan tubuh Melissa dari terjatuh ke lantai. Afeefah sudah menonong masuk ke dalam rumah.

Melissa cepat-cepat menjauhkan dirinya dari lelaki yang menyambut tubuhnya tadi. Siapa lagi kalau bukan hero hindustan tak berbayar, Hud Zahred.

"Thanks" ringkas jawapan Melissa sebelum dia turut bergegas masuk ke dalam rumah mengejar langkah Afeefah tadi.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now