BAB 3

16.9K 984 22
                                    

***

Bunyi ketukan bertalu talu di pintu mengejutkannya dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bunyi ketukan bertalu talu di pintu mengejutkannya dari lena. Hud yang tertidur di sofa di ruang tamu menuju ke arah pintu dengan mamainya. Baru sahaja tombol dipulas, pintu sudah ditolak kasar dari arah luar.

Seorang gadis dengan rambut yang agak kusut dan baju yang hampir terbuka terus menerpa masuk ke dalam rumahnya dan menutup pintu. Gadis itu tercungap-cungap keletihan.

Dia tercengang. Mimpi ke apa ni?

"Kenapa ni?" Tanya Hud. Dia cuba untuk melihat wajah gadis yang terlindung disebalik helaian rambutnya yang agak kusut.

Belum sempat Hud bertanya lebih, gadis itu terlebih dahulu pengsan di hadapannya. Hud tercengang.

Jam di dinding dipandang. 12.30 malam.

Meremang bulu romanya. Hud menggosok belakang tengkuknya yang agak sejuk.

Otaknya mula berfikir yang bukan-bukan.

'Aik?? Takkan hantu pengsan tengok muka aku kot? Muka punya lah handsome macam ni hantu takut' cetus hati kecilnya.

'Hm, ye ke orang ni? Kalau benda lain macam mana? Dahlah tiba-tiba je muncul depan pintu' katanya dalam hati.

Dia bergerak perlahan-lahan ke arah gadis yang sudah terbaring itu. Diselaknya rambut yang menutupi wajah gadis itu perlahan.

Matanya digosok berulang kali. Hud terkejut.

Melissa Adanni.

'Kenapa perempuan ni ada dekat sini waktu -waktu macam ni?' bisik hati kecilnya.

Hud mengintai dari sebalik langsir ke luar rumah. Dia nampak ada dua orang lelaki di luar sana seperti tercari-cari seseorang. Hud cepat cepat menutup kembali langsir tersebut.

"Ingatkan perempuan mana la datang offer diri kat rumah aku malam malam macam ni. Rupanya kau. Tengok pun tak selera gini." Katanya perlahan.

Mata Hud meliar memandang sekeliling rumah itu. Ada stokin kerjanya yang ditinggalkan di tepi pintu saat pulang kerja tadi. Hampir terlupa pula dia untuk memasukkan stokin tersebut ke dalam mesin basuh.

Stokin tersebut dipegang dengan hujung jarinya. Lantas dilalukan stokin tersebut ke muka Melissa.

"Kau pura pura kan. Sebenarnya kau sedar je kan? Baik kau bangun sebelum aku sumbat stokin ni dalam mulut kau" ugut Hud.

Tiada respon dari Melissa.

Jantungnya tiba tiba berdegup laju.

Jangan-jangan...

Hud merapatkan telinganya ke wajah Melissa. Nafas lega dihembus.

"Nasib baik hidup lagi. Kalau dah mati, silap silap aku yang kena tuduh"

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now