BAB 49

14.3K 901 21
                                    

***

"Biar betul?" soal Dahlia tak percaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Biar betul?" soal Dahlia tak percaya.

Melissa menghembus nafas berat. Sepatutnya dia gembira kerana Hud sudah sedar tapi...

Haih...

"Ye" ringkas sahaja jawapan yang diberi oleh Melissa.

Dahlia menepuk bahu Melissa lembut seolah-olah memujuk rakannya itu.

"Sabarlah Mel, siapa suruh kau derhaka hari tu? Kan dah dapat balasannya" ujar Dahlia tanpa rasa bersalah.

Lantas jelingan tajam Melissa menyapa pandangan matanya. Dahlia hanya tersengih.

"Hm beb, apa aku nak buat ni? Takkan aku nak biar je dia marah aku sampai bila-bila?" ujar Melissa dengan bibir yang memuncung.

"Dah haritu kata rimas dia ikut kau ke hulu ke hilir, patutnya kau kena seronok la dia marah kau. Confirm dia tak ikut kau dah lepas ni" kata Dahlia semangat. Sengaja Dahlia berkata begitu. Melissa sudah menceritakan segala-galanya padanya.

Tamparan kuat hinggap di belakangnya. Dahlia mengaduh sakit.

"Kan aku dah kata, masa aku cakap macam tu aku tak guna otak" jawab Melissa.

"Tahu pun. Tu la kau. Cakap tu seiring dengan otak patutnya. Bukan mulut jalan dulu otak kat belakang. Tu makan dia" kata Dahlia sambil tangannya sibuk menjahit manik pada gaun kecil milik anaknya itu.

"Hm ye lah. Semua lah salah aku. "balas Melissa. Handbag di atas meja disandang di bahunya. Sejurus itu, langkah kakinya diatur menuju ke luar butik tanpa mempedulikan Dahlia.

Melissa berjalan ke hulu ke hilir di hadapan pintu pagar rumah agam milik Puan Raudhah. Sudah dua hari dia tidak bertemu dengan Hud sejak Hud dibenarkan keluar dari hospital.

Flashback

"Maaa..." tersentak Melissa tatkala suara itu menyapa pendengarannya. Lantas Melissa berpaling ke arah empunya suara. Sudu dan garfu di tangannya tadi segera diletakkan semula.

Melissa berlari ke arah Hud dengan perasaan teruja.

"Awak dah sedar?? " soal Melissa tak percaya.

Hud diam tak menjawab.

"Awak nak apa apa ke?" soal Melissa lagi.

Hampa sekali lagi apabila Hud hanya buat endah tak endah sahaja kepadanya.

"Maa Hud nak air" pinta Hud kepada Puan Raudhah. Pandangan mata Melissa dan Puan Raudhah bersatu sebelum Melissa menghadiahkan senyum tawar.

Menjelang malam, Melissa singgah sekali lagi ke hospital untuk melawat Hud. Kali ini, Hud nampak lebih bertenaga berbanding siang tadi.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terus wajah serius Hud kelihatan. Melissa melambaikan tangannya ke arah Hud namun Hud hanya memandang tanpa perasaan.

Melissa tersengih walaupun jauh di sudut hatinya dia sedikit terkilan kerana dia juga berharap agar Hud teruja untuk berjumpanya. Satu demi satu langkah diatur perlahan menuju ke arah Hud.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now