BAB 44

14.5K 840 35
                                    

***

"Kenapa ni!?" soal Melissa tak puas hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa ni!?" soal Melissa tak puas hati. Hud hanya diam. Malas mahu menimbulkan kekecohan di situ, Melissa hanya mengikut sahaja Hud tanpa sepatah kata.

Setibanya mereka di dalam bilik, barulah tangan Melissa dilepaskan. Melissa memegang pergelangan tangannya yang agak memerah akibat dipegang kuat oleh Hud tadi.

"Awak ni kenapa? Main tarik tarik orang macam tu? Sakit tahu tak!" jerit Melissa. Matanya merenung tajam sepasang anak mata coklat milik Hud.

Hud tidak menjawab pertanyaan Melissa. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Tangannya naik mengurut belakang tengkuknya perlahan.

"Kau dah janji tak nak jumpa dia kan? Lupa?" soal Hud dengan riak wajah tegang.

"Saya terserempak. Bukannya saya saja saja pergi jumpa dia" jawab Melissa.

"Ye la tu" jawab Hud kembali. Melissa hilang kata.

"Awak faham tak apa maksud terserempak? It means perjumpaan yang tak disengajakan." jelas Melissa geram.

"Terserempak? Macam tak percaya pula boleh terserempak dekat sini kan? Macam mana dia tahu kita ada dekat sini? Kebetulan? Dah terserempak boleh pula keluar minum berdua sampai lupa nak inform suami sendiri? Kau lupa dah ke semalam aku pesan apa?" Hud bertanya bertubi tubi. Melissa memandang Hud dengan riak tak percaya.

"Tak sekarang ni awak tak percaya saya lah?" soal Melissa mengingatkan kembali. Air mata mulai bertakung di pelupuk matanya. Sampai hati Hud tak percayakan dia?

Kecewa dengan Hud, Melissa terus menyembunyikan dirinya di bawah selimut.

Hud meraup kasar wajahnya. Nafas berat dihela. Dia terlalu ikutkan perasaan sebentar tadi.

Jeda.

Hud duduk di samping Melissa. Bahu Melissa diusap lembut.

"Aku minta maaf babygirl, aku..."

Melissa lantas menepis tangan Hud tanpa sempat Hud menghabiskan ayatnya.

Hud cuba menyelak selimut Melissa itu namun tak berjaya. Terus tubuh Melissa dipeluk erat.

"Biy, aku betul-betul minta maaf. Aku cuma risau. Kau keluar jalan-jalan tak bagitahu aku pun. Malam semalam aku dah pesan kan jangan keluar selagi aku tak balik?" pujuk Hud lembut.

"Kalau awak tak nak bagi saya keluar, buat apa saya ikut? Baik awak tinggal je saya dekat rumah. Tak ada beza pun dengan duduk dalam bilik ni. Bosan tahu tak duduk terperap dalam bilik ni sementara nak tunggu awak balik! Dah lah awak tu balik lambat" jawab Melissa menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Aku tak nak kau keluar sorang-sorang, bahaya tahu tak?"

"Saya ni bukan budak budak lagi Hud" serius Melissa menjawab.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now