BAB 50

16.2K 824 35
                                    

Dah baca chapter 49 ke belum? Triple update harini

***

"Kalau awak tak nak dengar penjelasan saya tak apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau awak tak nak dengar penjelasan saya tak apa. Tapi bagi saya peluang untuk saya buktikan yang saya  betul betul sayangkan awak. Boleh?" ujar Melissa sambil bercekak pinggang.

Hud yang sedang bermain game di telefon bimbitnya hanya berpura pura tidak mendengar.

"Hello? Dengar tak?" soal Melissa lagi apabila Hud hanya bersikap acuh tak acuh padanya.

"Bisinglah kau ni. Aku nak main game pun tak senang." jawab Hud.

Terangkat kening Melissa. Hek eleh, main candy crush je pun, lagak macam wakil dunia. Huh.

"Kalau awak jawab tak ada lah saya bising bising kat sini" bidas Melissa.

"Awak bagilah saya peluang please?" pujuk Melissa sambil mencuit lembut lengan Hud.

"Please?"

"Eh, pergi main jauh-jauhlah" halau Hud.

"Taknak. Nak rapat-rapat. Bagilah saya peluang please??" rayu Melissa lagi. Tak mahu mengalah.

"Ish ye lah ye lah. Dah, puas??" soal Hud tanpa memandang ke arah Melissa. Matanya masih fokus pada skrin telefon bimbit.

Melissa tersengih lebar.

"Puas." jawabnya.

Melissa berjalan selangkah ke hadapan mendekatkan dirinya dengan Hud.

'Terima kasih syuben" bisiknya perlahan.

Perlahan-lahan hujung bibir Hud terangkat. Tanpa sedar dia menguntum senyum tatkala teringat akan kejadian sebelum Melissa pulang tadi.

"Syuben?" perlahan perkataan itu meniti di bibirnya. Teringat pula ketika awal-awal perkahwinan dulu. Sekali lagi Hud tersenyum tanpa sedar.

***

Melissa turun ke tingkat bawah dengan rasa geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melissa turun ke tingkat bawah dengan rasa geram. Seingatnya tadi, sebelum dia naik ke tingkat atas, televisyen sudah dimatikan. Tapi sekarang, bunyi televisyen begitu kuat sehingga menganggu tidurnya di tingkat atas.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now