BAB 19

16.2K 953 55
                                    


***

Tepat jam 4 pagi mereka akhirnya pulang ke rumah Puan Rosnani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tepat jam 4 pagi mereka akhirnya pulang ke rumah Puan Rosnani. Air juga sudah mulai surut kerana hujan mulai berhenti. Semasa mereka tiba di rumah, seluruh isi rumah telah tertidur menunggu Hud dan Melissa pulang.

Hud dan Melissa segera membersihkan diri secara bergilir. Usai Melissa mandi, dia berlari masuk ke dalam bilik dengan hanya memakai tuala. Baju baju yang dibawa pulang tadi semuanya telah basah kerana terkena air banjir.

Pintu bilik ditutup. Hud yang sedang duduk bersandar di kepala katil melihatnya hairan.

"Dah kenapa pakai tuala je ni?" soal Hud.

"Baju saya basah" jawab Melissa.

Hud bangun menuju ke bagasinya. Sehelai t-shirt putih diambilnya lalu dihulurkan pada Melissa.

Melissa menyambut huluran t-shirt dari Hud.

"Seluar?" soal Melissa.

"Tak kan nak pakai seluar aku pula?" tanya Hud.

"Tak kan tak pakai seluar pula?" soal Melissa semula.

Ya tak ya juga.

Hud menjeling. Sehelai short pant dilambung pada Melissa. Cepat-cepat Melissa menangkapnya dengan sebelah tangan.

"Tak ada seluar lain dah. Tu je ada" kata Hud.

"Short pun short la" kata Melissa. Pagi esok dia akan meminjam seluar Dahlia. Buat sementara waktu ini, pakai sahaja apa yang ada.

Hud memandang Melissa yang masih tercegat didepannya.

"Tunggu apa lagi? " soal Hud.

"Awak tu, pusing la pandang sana. Saya nak tukar baju ni" kata Melissa.

"Eleh, macam la aku nak sangat tengok kau tukar baju" kata Hud lalu berpusing menghadap dinding.

Melissa segera menyarungkan baju dan seluar milik Hud dibadannya. Agak besar dari saiz yang biasa dipakainya, asalkan ada pun dah memadai.

Melissa menepuk bantal beberapa kali sebelum berbaring disebelah Hud.

"Pasal Muiz tu.." Hud baru hendak memulakan ayat, namun Melissa sudah memotong percakapannya.

"Tak payah la cakap pasal tu" ujar Melissa. Badannya dipalingkan membelakangi Hud.

Tanpa menunggu lama Melissa terus tertidur keletihan. Hud baring menghadap belakang Melissa yang sedang tidur itu. Lama dia merenung Melissa yang sudah lena diulit mimpi.

Selimut ditarik menutupi kaki Melissa yang agak terdedah itu.

Tak lama kemudian, Hud mengalihkan posisi baringnya membelakangi Melissa pula.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now