BAB 16

16.2K 914 119
                                    

***

"Mak, Del balik dulu la

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mak, Del balik dulu la. Anak Del meragam dah ni, nyamuk banyak" kata Dahlia meminta diri untuk pulang.

Puan Rosnani mengangguk. Lagipun hari sudah hampir senja. Cadangnya mereka mahu ke dusun pagi tapi disebabkan pagi tadi hujan, terpaksalah mereka pergi pada sebelah petang.

"Pergi la teman bini kamu tu balik Farezz. Sian pulak dia jalan sorang-sorang" arah Puan Rosnani.

Ye la. Dusun buah ini tidak la terlalu jauh dari rumahnya tapi tidak juga terlalu dekat. Bahaya kalau jalan seorang.

Farezz hanya menurut. Sebakul buah manggis yang sudah penuh diangkat untuk dibawa pulang.

Melissa pula masih tenang makan rambutan di bawah pondok kecil di dusun itu.

"Suka betul Mel makan rambutan" kata Puan Rosnani sambil tersenyum.

"Hehe rambutan ni manis sangat. Sedap" kata Melissa malu.

"Kalau suka, suruh Hud ambil banyak sikit. Boleh bawa balik KL nanti" kata Puan Rosnani sambil tersenyum.

"Aah kak Mel. Kita orang kat sini bukan habis pun nak makan sepokok rambutan ni. Monyet je la makan hari-hari" ujar Raihana pula.

"Boleh jugak. Syuben ambil banyak-banyak sikit tau." arah Melissa pada Hud.

"Eh ambillah sendiri" kata Hud.

"Tengok tu mak. Dia suruh kita ambil sendiri." adu Melissa. Bibirnya dicebikkan.

Puan Rosnani menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja Hud dengan Melissa ni. Kadang-kadang dia sendiri pelik macam mana mereka boleh berkahwin. Selalu sangat bergaduh.

Sebelum ke dusun tadi pun sempat lagi mereka bergaduh. Teringat dia akan Hud yang beria-ia mengejek Melissa yang memakai sunscreen dan krim pelindung serangga tetapi memakai baju lengan pendek. Masam habis muka Melissa sampai la ke dusun.

"Eh la mak, kunci rumah pada Rai ni. Macam mana kak Dahlia dengan Abang Farezz nak masuk?" kata Raihana tiba tiba. Baru teringat kunci rumah yang berada dalam kocek seluarnya itu.

"Ha, kamu pergi la hantar kunci tu. " arah Puan Rosnani.

"Ala, teman la mak" kata Rai sambil buat muka kesian.

"Mak kalau balik, tak datang semula dah. Sakit kaki" jawab Puan Rosnani, maklumlah semakin meningkat usia, semakin banyak sakit yang datang. Kakinya juga sudah tidak sekuat dahulu.

"Ala sikit je dah ni. Mak balik je dulu. Hud pun dah nak siap ni" kata Hud.

"Ha kalau macam tu takpe la. Jangan balik lambat sangat tau" pesan Puan Rosnani sebelum beransur pulang.

Kini hanya tinggal Melissa dan Hud ditemani suasana dusun yang sunyi.

"Syuben lambat lagi ke?" soal Melissa. Cuaca di langit hampir gelap. Angin juga sudah mula bertiup.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now