BAB 37

13.8K 944 135
                                    

***

Melissa menghirup sedikit jus oren di tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melissa menghirup sedikit jus oren di tangannya. Sambil itu matanya sibuk memandang aneka jenis pencuci mulut di depannya itu. Terliur pula tekaknya melihat beberapa jenis kek yang ada di situ.

Siku Melissa dicuit dari tepi. Melissa menoleh ke arah manusia yang mencuitnya itu tadi.

Harith tersenyum lebar kepadanya. Sepiring kek red velvet cheese dihulurkan kepada Melissa. Sebagai tanda terima kasih, Melissa memaniskan mukanya dengan senyuman lalu menyambut huluran kek dari Harith.

"Your favourite kan? I ingat lagi. Dulu I selalu teman you makan kek ni dekat cafe."

Melissa ketawa. Bila diingat semula, memang kek itu merupakan kegemarannya. Setiap kali Melissa tertekan dengan tugasan universiti yang banyak, dia pasti akan makan kek red velvet cheese itu di cafe sambil menonton drama korea bersendirian.

Harith? Lelaki itu mana pernah jemu menganggunya, tetapi dia biarkan sahaja. Asal tak mengganggu dia menonton drama, sudahlah.

"Husband you mana?" soal Harith sambil matanya meliar menoleh ke sekeliling tempat itu. Mungkin mencari keberadaan Hud.

Melissa menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

"Entah, borak dengan kawan dia kot" jawab Melissa .

Melissa menyuap sesudu kek yang diberi oleh Harith tadi ke dalam mulutnya. Dia terpandang akan Harith yang dari tadi asyik merenungnya.

"Kenapa you pandang I macam tu?" soal Melissa hairan. Takut pun ada juga.

Harith kembali melorek senyum. Keningnya yang tak gatal digaru.

"Saja pandang. You cantik malam ni, I hampir tak kenal you tadi" puji Harith.

Terangkat kening Melissa mendengar pujian dari Harith. Nak tergelak pun ada juga.

"Hampir tak kenal? I pakai tudung je tau, bukan buat plastic surgery sampai you boleh tak kenal I" kata Melissa lalu menggelengkan kepalanya.

"But still, you looks pretty tonight" balas Harith. Harith melangkah mendekatkan dirinya dengan Melissa. Dia kemudiannya berbisik perlahan.

"Kalau I jadi husband you, I tak biar you duduk sorang -sorang kat sini." ujar Harith. Mendengar ayat yang diungkapkan oleh Harith itu, Melissa memaksa dirinya untuk tetap tersenyum.

"Babygirl!" Melissa berpaling ke belakang tatkala mendengar suara itu. Matanya terarah pada Hud yang sedang berdiri sambil memegang sepiring kek.

"Puas I cari you tadi. Ni I bawa kek untuk babygirl. Rasa la sikit" ujar Hud dengan wajah teruja.

Melissa mengerutkan dahinya, hairan.

Hud menyuakan sesudu kek ke mulut Melissa.

Hidung Melissa menangkap bau kopi yang agak kuat dari kek yang hendak disuap oleh Hud.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now