BAB 14

15.7K 887 31
                                    

***

Terkejut Melissa saat mendengar tangisan Marissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terkejut Melissa saat mendengar tangisan Marissa. Dia baru sahaja melelapkan mata.  Bukan main susah dia hendak tidurkan Marissa. Kalau boleh, Marissa mahu berjaga sepanjang malam agaknya. Jam 1 pagi barulah Marissa lena akhirnya.

Jam di dinding dipandang. Baru pukul 2 pagi. Marissa masih lagi menangis. Mungkin dia masih belum biasa apabila tiada Sara berhampirannya. Ye lah, hari hari dia tidur dengan Sara tiba-tiba hari ini tidur dengan orang lain. Mestilah dia tak biasa.

Perlahan-lahan Melissa menepuk lembut Marissa supaya budak itu tidur semula namun dia pula yang tersengguk-sengguk menahan kantuk.

"Rissa sayang, aunty mengantuk ni... Rissa tido lah please" katanya. Buntu dia mahu melakukan apa saat itu.

Tangisan Marissa masih tidak berhenti malah semakin kuat. Melissa mendukungnya pula,ingin mendodoikannya. Namun masih sama. Tidak ada tanda-tanda yang Marissa akan berhenti menangis.

Pintu bilik diketuk dari luar. Melissa membuka pintu.

"Kenapa ni? Dari tadi aku dengar dia menangis" soal Hud dengan rambut serabainya, berbaju pijama biru gelap.

"Entah, dah puas pujuk pun tak nak tidur" jawab Melissa. Badannya disandarkan pada pintu bilik.

Hud mengambil Marissa dari pangkuan Melissa.

Melissa hanya memerhati tingkah Hud. Hud memeriksa lampin pakai buang Marissa.

"Patut la. Penuh dah ni. Dia tak selesa la tu" kata Hud.

Laju sahaja dia menukar lampin tersebut seperti sudah biasa melakukannya. Setelah siap, Hud mendodoikan Marissa dengan mendukungnya dan menepuk lembut belakang Marissa sambil melagukan selawat.

"Terlalu perfect untuk seorang Melissa Adanni.." katanya perlahan. Sedar akan dirinya yang penuh kekurangan.

Sambil menunggu Marissa tidur, Melissa sendiri yang tertidur.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now