SPECIAL CHAPTER

15K 740 43
                                    

***

2 bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 bulan kemudian

Melissa menggeliatkan badannya. Matanya yang masih berat cuba dicelikkan. Cahaya matahari yang masuk menerusi dinding kaca bilik mereka buatkan matanya agak silau. Katil sebelahnya kosong.

Melissa mengerutkan dahinya. Perlahan-lahan dia bangun dari baringannya. Sambil mengikat rambut, Melissa melangkah turun ke tingkat bawah.

Entah apa yang sedang Hud lakukan. Sebaik sahaja Melissa menjejakkan kaki ke tingkat bawah, telinganya disapa dengan bunyi bising di bahagian dapur.

Melissa berdiri di pintu dapur. Kosong?

"Syuben?" panggilnya apabila Hud tidak kelihatan di situ.

Buk.

"Aduh!" adu Hud tatkala kepalanya terhantuk dengan bahagian atas kabinet.

Melissa cepat-cepat bergegas ke arah Hud. Dengan perut yang kian membesar itu, perlahan-lahan dia cuba menundukkan dirinya untuk memeriksa keadaan Hud.

"Syuben okay? Buat apa kat bawah ni?" soal Melissa. Kepala Hud diusap lembut.

"Nak cari pan. Nak buat breakfast untuk baby" jawab Hud.

Melissa ketawa.

"Syuben..tu pan bersangkut kat dinding tu. Depan mata pun tak nampak ke?" kata Melissa.

Hud menoleh ke arah pan yang tergantung di dinding itu.

"Tak nampak."

"Tu. Cuba tengok betul-betul." ujar Melissa.

"Tak nampak" balas Hud.

Melissa bangun lalu berjalan ke arah pan tersebut. Pan tersebut diambil lalu dibawa ke hadapan Hud.

"Ni syuben. " tunjuk Melissa betul-betul di hadapan muka Hud.

"Tak nampak"

"Syuben jangan sampai baby ketuk kepala tu dengan pan ni" kata Melissa memberi amaran.

"Haih, benci lah"

"Benci apa? Benci baby?" soal Melissa.

"Benci lah. Bila baby ada depan mata, terus tak nampak benda lain. Nampak baby sorang je" kata Hud.

Kata-kata Hud itu membuahkan senyum di bibir Melissa.

Tamparan lembut dihadiahkan kepada Hud.

"Benci lah syuben ni. Benci benci!!!"

Hud ketawa. Badannya dipusingkan menghadap Melissa. Rambut Melissa diusap lembut.

"Morning baby" ucap Hud. Sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi Melissa.

Hud tiba-tiba melutut di hadapan Melissa.

"Morning sayang papa" katanya sebelum mencium perut Melissa yang semakin membulat itu.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now