BAB 48

14K 853 14
                                    

***

Afeefah meronta sekuat hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Afeefah meronta sekuat hatinya. Wajah Melissa yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di hujung katil dijeling tajam.

Kenapa takdir tak menyebelahinya?

Kemalangan yang menimpa ke atas Hud. Salah siapa?

Semuanya telah dirancang oleh Afeefah. Kereta yang memotong dari kiri itu merupakan kereta yang dipandu oleh orang suruhan Afeefah. Tujuannya satu. Dia tak mahu Melissa dan Hud hidup bahagia.

'Kenapa kau tetap patah balik demi Melissa lepas apa yang Melissa dah buat pada kau? Bodoh' getus hati Afeefah.

Siapa yang mengirim mesej ugutan itu? Tak lain tak bukan, Afeefahlah orangnya.

Dia jugalah yang menghantar mesej ugutan untuk mencederakan Melissa. Dia hampir kehilangan jejak Melissa sewaktu Hud membawa Melissa bersamanya ke sini namun dia berjaya untuk mendapatkan semula maklumat itu daripada receptionist syarikat Hud tempoh hari.

Segalanya berjalan dengan mudah pada awalnya namun sejak pertemuannya dengan Harith di lift tempoh hari...

"I macam pernah nampak you.." ujar Harith.

"Err, salah orang kot" jawab Afeefah sambil mengelak dari memandang wajah Harith.

"No. I rasa I tak salah. I ingat you... You yang buat kacau masa akad nikah Farah haritu kan?" soal Harith. Terus berubah terkejut riak wajah Afeefah.

"Kenapa you ada dekat sini? Nak kacau rumahtangga siapa pulak?" sindir Harith sambil berpeluk tubuh.

Afeefah menjeling Harith geram. Geram dengan sindiran lelaki itu.

"Suka hati I lah nak kacau rumahtangga siapa pun. Apa bezanya I dengan you? You pun bukan pengacau rumahtangga orang ke? Sedarlah sikit diri, orang yang you kejar kejar tu isteri orang tau" bidas Afeefah kembali.

Terdiam Harith dengan jawapan Afeefah itu. Afeefah bukan apa, dia sudah biasa melihat Harith dan Melissa berjumpa tanpa pengetahuan Hud. Dari situ, dia dapat mengagak bahawa Harith menyimpan perasaan terhadap Melissa. Mudah.

"Itu dulu. Sekarang I dah terima hakikat" balas Harith. Afeefah ketawa..

"Terima hakikat? Hakikat yang dia tu isteri orang? Kesian kan you? Awal awal dah menyerah kalah. Sebab tu lah hidup you menyedihkan macam ni. Dah macam mayat hidup I tengok. Sebab you tu pengecut. Kalau I jadi you, I takkan menyerah kalah. Apa yang sepatutnya jadi milik I, tetap akan jadi milik I"

Harith menghela nafas berat. Cuba bertenang.

"Terserahlah you nak cakap apa pasal I. Tapi, kalau I tahu you cuba cuba nak rosakkan rumahtangga Melissa, I tak akan berdiam diri. Go find your own happiness lah sis" kata Harith sebelum berlalu pergi dari situ.

Afeefah mendengus geram. Lamunan Afeefah terhenti tatkala suara Melissa menyapa pendengarannya.

"Saya taknak berurusan dengan perempuan ni. Biar polis je yang uruskan hal ni. Yang penting, dia kena dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia dah buat" ujar Melissa tanpa perasaan.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now