BAB 51

16.4K 829 20
                                    

***

"Syuben tipu baby kan? Kak Jihah kata dia tak pregnant pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Syuben tipu baby kan? Kak Jihah kata dia tak pregnant pun. Buat apa kita beli barang baby banyak-banyak haritu? Membazir je" rungut Melissa sambil bercekak pinggang.

"Eh? Aku salah dengar la kot" jawab Hud tanpa riak.

"Lah apa susah, simpan je lah. Kot la nanti kakak tu pregnant, tak payah beli baru dah" jawab Hud tenang.

Melissa menjeling Hud.

Betul juga kan?

Tangan Hud diraih sebelum jari jemarinya disulamkan dengan jari jemari Hud.

"Syuben..."

"Hm"

"Bila syuben nak maafkan baby?" soal Melissa dengan bibir dicebikkan.

Soalan Melissa dibiarkan sepi.

Melissa mengeluh.

"Tak apa lah kalau syuben masih marahkan baby. Tapi... Esok syuben ikut baby boleh?" pinta Melissa.

"Aku kerja lah" jawab Hud. Tanda tak mahu pergi.

"Balik kerja. Baby jemput syuben kat office" jawab Melissa.

"Hm ye lah" balas Hud.

Pegangan tangan Hud dilepaskan. Rambutnya yang dibiarkan lepas diikat dengan seutas getah rambut.

Melissa kemudiannya berjalan menuju ke biliknya ditingkat bawah. Hud mengerling jam di dinding. Baru jam 9 malam. Takkan dah nak tidur?

"Awal tidur" ujar Hud.

"Sakit belakang. Nak baring dalam bilik" jawab Melissa. Mungkin kerana banyak berjalan tubuhnya agak penat hari ini. Bahagian belakangnya agak lenguh.

"Sini" panggil Hud. Melissa memandang Hud pelik. Hud panggil dia ke?

Kerusi di sebelah Hud ditepuk olehnya tanda supaya Melissa duduk disitu.

Lambat-lambat Melissa duduk di situ.

"Pusing sana" arah Hud.

Tanpa banyak soal, Melissa menurut arahan itu.

Tak lama kemudian, Melissa dapat rasakan urutan lembut di belakang badannya itu. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum.

"Terima kasih syuben" ucap Melissa.

"Hm"

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now