BAB 24

16.9K 969 86
                                    

Dah baca bab 23 belum?

***

Hud dan Shah sedang berbincang sesama mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hud dan Shah sedang berbincang sesama mereka. Hud tampak serius ketika itu. Tiba-tiba pintu pejabat Hud dirempuh kasar. Mata Hud dan Shah terarah pada empunya badan yang sedang berdiri di muka pintu.

Afeefah masuk ke dalam pejabat Hud dengan riak wajah bengang.

"Shah! Tolong la professional sikit. I tunggu you 2 jam tau semalam. Parents I pun ada. You tak muncul-muncul" marah Afeefah.

"Kan I dah cakap, dah tak ada apa untuk kita bincang lagi? Lagipun, parents you juga yang terima waktu I datang nak putuskan pertunangan tu. You ni memang tak faham bahasa ke macam mana?" soal Shah geram.

"I tak faham bahasa? Cuba tanya siapa je boleh faham bahasa bila tunang sendiri nak putuskan pertunangan sebab dah ada orang baru? You ingat I ni tak ada perasaan ke Shah? Boleh suka-suka hati you tolak macam tu?" marah Afeefah.

"I tebalkan muka I depan parents I semalam, I call Hud nak tanya mana you, but Hud pun sama. Back up sangat you ni"

Hud hanya buat tak endah. Bila masa pula la perempuan itu menghubunginya.

"Afeefah. Tak best lah macam ni. Kita boleh settle baik-baik tapi you still nak ungkit benda ni."

"Ha memang! Memang aku nak ungkit sampai bila-bila." laju sahaja Afeefah mencelah ayat Shah tadi.

"Slow down lah. Ini pejabat, bukan tempat bergaduh ya. Kalau nak bergaduh, silakan keluar." Hud bersuara.

Entah apa pandangan staff lain jika mereka terdengar pergaduhan seperti ini. Integriti syarikat perlu dijaga. Hal luar tidak boleh dibawa masuk ke dalam pejabat.

"I nak berhenti. I dah tak nak bekerja dengan lelaki tak guna macam korang berdua ni" kata Afeefah lalu meletakkan sepucuk surat perletakan jawatan di hadapan Hud. Langkahnya diatur menuju ke pintu untuk keluar. Sedikit pun dia tak menoleh walau sedikit.

Hud menjongketkan keningnya. Tak pasal pasal dia turut dilabel tak berguna.

"Gila" itu kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Shah.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now