SPECIAL CHAPTER 2

13.7K 556 30
                                    

5 tahun kemudian...

Melissa melangkah ke arah Hud yang segak berkemeja putih dipadankan dengan seluar jeans hitam. Kaca mata hitam menjadi pelengkap kepada gaya ringkas suaminya itu. Kacak!

Hud yang baru perasan akan kehadiran Melissa itu terpegun seketika.

Kaca matanya diturunkan sedikit. Mulutnya juga ternganga sedikit. Terpukau dengan keanggunan Melissa.

"Wow!" terluncur kata itu dari mulutnya.

"Babygirl aku ke ni? Cutenya lahai" puji Hud sambil merangkul pinggang Melissa. Suka benar dia dengan gaya ringkas Melissa hari itu. Dress putih beropol labuh digayakan dengan selendang satin bercorak floral berwarna merah jambu.

Melissa tersipu malu.

"Siapa babygirl papa? Haura sorang je babygirl papa!" Bentak seorang anak kecil sambil berlari ke arah Hud.

Rangkulan pada pinggang Melissa dilepaskan.

Hud segera mengangkat Haura.  Raut wajah gadis cilik itu hampir tak tumpah sama dengan Melissa.  Rambut anak perempuannya itu disisir ke tepi telinga.

"Yang ni babygirl papa juga." pujuk Hud. Digomolnya tubuh kecil itu penuh geram. Haura Medinna mengekek ketawa kegelian.

Haura Medinna, kalau hendak diceritakan peribadinya, tak ada bezanya dengan sikap Melissa. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Kuat cemburu, merajuk, dan segala apa yang ada pada Melissa turun pada anak perempuan mereka itu.

Hud menoleh ke tepi. Melissa sedang berpeluk tubuh. Bibirnya memuncung.

"Tengok tu..mama nya pun" ujar Hud.

"Ye lah, dah ada babygirl baru.. Baby girl tua ni dia dah lupa" rajuk Melissa.

Melissa lantas memalingkan mukanya ke arah lain.  Terkejut Melissa apabila setangkai ros putih dihalakan betul betul di depan wajahnya.

"Mama kan ada Mateen. Mateen boleh sayang mama lebih dari papa sayang mama hehe" ujar Mateen dengan sengihan lebar. Segera tubuh Melissa dipeluk erat. Tanda sayang.

Wow. Manisnya ayatmu wahai anak.

Melissa terpempan. Hud juga memandang ke arah Mateen dengan pandangan tidak percaya.

Dari mana pula anaknya belajar menabur ayat ayat manis seperti tadi?

Hadeef Mateen, kembar kepada Haura Medinna. Kalau diikutkan, Hadeef merupakan abang kepada Haura. Hadeef lebih bersifat sebagai seorang pelindung. Dia bukan sahaja melindungi Haura malah Melissa juga hendak dilindunginya. Hero Hud dan Melissa.

"Wow. Ye ke Hadeef boleh sayang mama lebih dari papa?" Soal Melissa.

Hadeef mengangguk yakin. Melissa tersenyum.

Melissa menjeling Hud yang masih mendukung Haura. Senyuman bangga terpamer diwajahnya.

"Sebab Hadeef sayang mama, mama buatkan susu untuk Hadeef okay? Be a good boy okay?" Kata Melissa lantas mengusap lembut kepala anak lelakinya itu. Hadeef mengangguk teruja.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now