BAB 21

18K 1.2K 83
                                    

***

Melissa melangkah keluar dari keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melissa melangkah keluar dari keretanya. Punat pada kunci kereta ditekan. Locked. Baru sahaja dia hendak melintas jalan, tangannya ditarik.

"Ish apa ni?" marah Melissa.

Melissa menarik tangannya kembali. Jelingan tajam diberikan pada lelaki di hadapannya itu.

"Mel, I'm really sorry."

"Aku nak betulkan balik semua ni. Aku janji aku tak cakap benda macam tu dah" kata Harith cuba meyakinkan Melissa.

"Berapa kali kau nak janji? Everytime aku bagi peluang, setiap kali tu kau mungkir janji kau. Terima je la hakikat yang aku ni dah kahwin Harith. Tak susah pun. Anggap je kita berdua ni memang tak berjodoh" kata Melissa.

"Aku boleh maafkan kau, tapi please? Jangan kacau hidup aku dah? Cari orang lain yang boleh bahagiakan kau. Dan semestinya orang tu bukan aku" kata Melissa sambil berpeluk tubuh.

Harith mengeluh.

"Asalkan kau maafkan aku. Aku janji tak akan muncul depan mata kau dah Mel. Terima kasih untuk semuanya Mel." lirih sahaja suara Harith.

Melissa masih bersikap dingin. Terus sahaja dia meneruskan langkahnya menuju ke pintu butik tanpa mempedulikan Harith.

Pintu butik dibuka. Melissa duduk di meja kerjanya. Sebuah sketching book dikeluarkan dari laci meja. Terus sahaja dia mencoretkan sesuatu di atas buku itu. Melissa tersenyum.

1 hari sebelum.

Melissa memasukkan baju-baju dari beg pakaian Hud ke dalam mesin basuh. Baru sahaja dia ingin menutup mesin basuh itu, Melissa terpandang akan sehelai baju berwarna merah. Ini bukan milik Hud?

Terus tangannya mengambil baju itu. Membuntang matanya melihat gaun berwarna merah itu. Perempuan mana punya ni?

Langkah kakinya segera diatur mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Geram.

Pintu bilik Hud dibuka kasar. Hud ketika itu sedang bermain mobile games di telefon bimbitnya. Sedar akan pintu yang dibuka dengan agak kasar itu, Hud merenung Melissa hairan.

Alisnya terangkat sebelah.

Muka Melissa nampak berang. Gaun merah ditangannya dicampakkan ke muka Hud kasar.

Hud mengerutkan dahinya.

"Kau dah kenapa?"

"Awak tu yang kenapa!?"

Melissa berpeluk tubuh. Wajahnya dingin sahaja.

"Outstation konon? Outstation ke one night stand dengan perempuan lain?" marah Melissa.

Hud diam tak menjawab.

"Sebelum pergi bukan main nak tuntut janji itu la ini la. Tapi rupanya pergi tidur dengan perempuan lain."

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now