BAB 31

15.6K 956 45
                                    

***

Bunyi pintu rumah yang dibuka dari luar itu buat Melissa menoleh sebentar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi pintu rumah yang dibuka dari luar itu buat Melissa menoleh sebentar. Tatkala melihat Hud, dia kembali memandang ke arah televisyen semula. Masih merajuk dengan Hud.

Hud yang tampak kacak berkaca mata itu meletakkan beg kerjanya di atas meja. Dia berjalan ke arah Melissa sebelum dia duduk di tepi Melissa. Kemudian, dia mengucup ubun-ubun Melissa.

Melissa menjarakkan dirinya dengan Hud.

"Marah aku lagi ke?"

Melissa diam.

"Baby?" panggil Hud.

Hud duduk di hadapan Melissa. Tangan Melissa dicapainya.

"Baby, apa yang kau nampak tak sama macam apa yang kau fikir. Dia datang jumpa aku sebab nak minta tolong. Bukan sebab lain pun" terang Hud.

"Tolong apa? Tolong ambil dia jadi isteri nombor dua?" soal Melissa geram.

"Kalau dia minta tolong yang itu, aku tak boleh tolong lah jawabnya. Satu pun susah nak jaga, ni kan pula dua. Ish tak nak lah aku" jawab Hud.

"Nak cakap susah lah jaga saya ni? Macam tu kan maksud awak?"

Hud menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu. Ha sudah.

"Tak sayang, tak susah langsung." pujuk Hud lagi.

"Dah tu?" soal Melissa kembali. Hud senyum.

"Aku minta maaf okay? Tapi betul.. Aku dengan Afeefah tu langsung tak ada apa-apa. Dia datang minta tolong aku untuk pujukkan Shah je" terang Hud lagi.

"Pastu awak nak tolong lah Afeefah tu? Kalau Shah tak jadi kahwin dengan Farah macam mana? Ingat ye, kalau Farah tu tak kahwin dengan Shah, memang siap Afeefah tu saya kerjakan" ugut Melissa.

"Awak pun sama!" sambung Melissa lagi.

Hud mengangkat kedua tangannya gaya seorang pesalah sedang menyerah diri.

"Aik? Aku cakap dia minta tolong je, aku tak cakap pun aku nak tolong" balas Hud.

"Ye lah tu"

"Ye baby, dah lah tu. Jangan merajuk dah tau. Kalau baby merajuk, dengan siapa aku nak manja-manja.?"  menyempat pula si Hud ni.

"Manja lah dengan Afeefah sana" balas Melissa. Tangan disilangkan ke dada. Masih merajuk kononnya.

"Tak boleh, haram. Kalau dengan kau tak apa lah, halal" kata Hud lalu mendaratkan kepalanya di atas riba Melissa.

Ewah ewah.

Banyak cantik?

Kepala Hud ditolak perlahan sebelum dia bangun dari duduknya.

"Manja dengan sofa. Halal jugak tu" kata Melissa.

Malas dia mahu melayan kerenah Hud hari itu, rajuknya masih belum habis lagi.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now