BAB 41

14.3K 733 46
                                    

***

Afeefah menarik cadarnya kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Afeefah menarik cadarnya kuat. Bengang apabila rahsia lalunya diketahui. Kecilnya dunia sampaikan  dia tidak sedar yang Melissa merupakan adik kepada Melinna. Pantas sahaja Melissa begitu tidak menyukai dirinya.

Melinna Adariey.

Cukup mendengar nama perempuan itu sahaja sudah membuatkan hati dan telinganya sakit.

Dia merupakan isteri pertama arwah suaminya merangkap isteri kesayangan suaminya juga.

"Aaaarrgh" jerit Afeefah sekuat hati. Kenapa bila dia cuba untuk lupakan kenangan itu, mereka yang berkaitan muncul semula?

Sebuah bingkai gambar bersaiz sederhana di bawah bantal diambil. Afeefah merenung lama bingkai gambar tersebut. Tiba-tiba kolam matanya terasa hangat. Bergenang air matanya. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut gambar Muiz yang tersimpan dalam bingkai gambar tersebut.

"Iz..." lirih suaranya.

"Kenapa you tinggalkan I bila I dah berjaya buat you jadi milik I?"

Setitis air matanya jatuh. Bingkai itu dicium lama. Ingatannya kembali berputar kepada beberapa tahun yang lalu.

Flashback

4 tahun lalu

Pertemuan pertamanya dengan Muiz Hadri di sebuah cafe. Pertemuan tanpa sengaja, pertemuan yang membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama terhadap lelaki itu.

"Semua sekali RM18.98 sen cik" ujar cashier yang memakai nametage bernama Aina itu.

Afeefah mencari dompetnya di dalam tote bag yang disangkut di bahunya. Tak ada? Mana pula perginya dompet itu?

Tote bag itu diletakkan di atas kaunter sambil dia berusaha menggeledah segenap ruang beg itu untuk mencari dompetnya. Namun tidak juga dijumpai.

"Cik?" soal cashier tersebut. Mungkin kerana barisan pelanggan semakin panjang.

"Errr.." tak tahu apa yang patut dia katakan. Cancel order? Tapi minuman dah siap.

"Tak apa lah. That's on me" kata seorang lelaki sambil meletakkan kad kreditnya di atas kaunter.

Lelaki itu kemudiannya memesan beberapa cawan coffee lagi.

"Errr, thank you" ujar Afeefah tanpa memandang wajah lelaki itu. Pandangannya jatuh pada kad pelajar yang dipakai oleh lelaki itu. Muiz Hadri.

Nama yang cantik, sesuai dengan pemiliknya yang segak dan kacak. Segan berlama-lamaan di situ, Afeefah segera menapak keluar dari cafe tersebut.

Namun, dia tidak terus pulang. Afeefah menunggu sehingga Muiz keluar dari cafe. Tidak perlu menunggu lama, Iz keluar dengan kedua dua tangan memegang beberapa cawan coffee. Pintu ditolak dengan lututnya sahaja. Afeefah cepat cepat membantu membukakan pintu untuk lelaki itu.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now