BAB 47

14.3K 969 44
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Pedal minyak ditekan kuat. Laju kereta Nissan GTR R35 kepunyaannya meredah jalan raya yang agak lenggang itu. Jatuh juga air mata lelakinya itu.

Melissa dalam bilik Harith?

Tapi kenapa?

Rasa seperti kepercayaannya terhadap Melissa dikhianati. Dia cuba jadi seorang suami yang memahami. Cuba untuk memberi Melissa ruang untuk menenangkan dirinya tapi apa yang dia dapat? Kekecewaan?

Salahkah dia? Hud cuma mahu melindungi Melissa. Sejak dia menerima beberapa sms dari nombor yang tak dikenali itu, dia lebih berhati-hati dalam mengawal pergerakan Melissa. Tak ada sedikit pun niat di hatinya untuk mengongkong Melissa.

Tujuan dia membawa Melissa bersamanya ke sini pun adalah untuk melindungi Melissa. Sekurang-kurangnya Melissa ada di depan matanya jika hendak dibandingkan dengan meninggalkan Melissa di rumah.

Hud meraup mukanya kasar. Hatinya sakit.

Pesanan yang baru diterimanya buatkan Hud segera memberhentikan kenderaan yang dipandunya di bahu jalan.

-Give up on her already?-

Stereng dipukul kuat. Tanpa berlengah masa, Hud segera memusingkan keretanya untuk berpatah balik ke hotel. Pesanan itu. Entah siapa yang mengirimnya. Tetapi si pengirim seolah olah memerhatikan Melissa. Ke mana Melissa pergi, pasti dia ada di situ juga.

Pedal minyak ditekan kuat. Sesekali jam di tangannya dikerling sekilas. Nombor Melissa cuba dihubungi namun tetap sama seperti semalam. Melissa masih belum menghidupkan telefon bimbitnya sejak semalam.

Dari jauh papan tanda hotel yang memaparkan jarak 10 km untuk ke hotel yang mereka diami  semakin kelihatan di pandangan matanya. Hud segera memberi signal untuk ke kanan namun tanpa sedar, ada kereta lain yang memotong dari belah kirinya dengan agak laju.

Dentuman kuat terhasil antara perlanggaran kereta Hud dengan kereta tadi. Kereta yang dipandu Hud terbalik manakala kereta yang cuba untuk memotongnya tadi terbabas ke bahu jalan.

"Allah.." ucap Hud perlahan.

Darah pekat mula mengalir dari dahinya. Saat itu juga, telefon bimbit Hud berdering kuat tanda ada panggilan masuk. Panggilan dari Melissa.

Tangan Hud cuba mencapai telefon bimbitnya itu namun tidak kesampaian kerana bahagian tangannya terasa sakit.

'Melissa...' getus Hud di dalam hati.

Ketika itulah tiba-tiba mindanya dibayangi pelbagai kemungkinan...

'Macam mana kalau dia tak sempat untuk berjumpa dengan Melissa?'

'Tugasnya untuk menjaga Melissa sudah selesai?'

'Hadif..?'

Kepalanya semakin memberat akibat hentakan kuat tadi. Pandangan Hud juga jadi semakin kabur.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now