BAB 43

14.1K 808 26
                                    

***

Pintu hotel dibuka luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu hotel dibuka luas. Hud menarik masuk bagasi kepunyaannya dan juga bagasi milik Melissa ke dalam bilik tersebut. Melissa masuk kemudiannya dan menanggalkan sneaker putih di kakinya.

Sebaik sahaja matanya melihat pemandangan bilik hotel yang mewah dan romantik itu, Melissa terpegun seketika.

Dekorasi bilik hotel yang mewah serta disinari dengan cahaya lampu kekuningan menambahkan lagi suasana romantik di dalam bilik itu. Melissa berjalan ke arah katil. Kelopak bunga mawar bertaburan di atasnya.

Matanya melirik Hud dalam diam.

Hud sedang mengecas telefon bimbitnya. Kaki Melissa menapak perlahan mendekati Hud dari belakang.

Hud menoleh ke belakang setelah selesai menyambungkan wayar pengecas pada telefon bimbitnya.

Terkejut Hud melihat Melissa yang sedang berdiri tegak dibelakangnya.

"Ish, terkejut aku." kata Hud dengan riak wajah terperanjat. Melissa hanya tersengih.

"Awak datang sini sebab urusan kerja ke...." soal Melissa tanpa menghabiskan ayatnya. Wajahnya menayang senyum penuh makna.

"Ke...apa tu babygirl?" soal Hud lembut.

"ke awak nak honeymoon? siap tempah bilik berbunga bunga macam ni pula tu. Pelik" soal Melissa. Hud tersenyum mendengar soalan yang diajukan Melissa itu. Badannya dibongkokkan sedikit supaya dapat berdiri sama tinggi dengan Melissa.

"Dua dua pun boleh babygirl. Siang aku kerja, malam kita honeymoon" selamba Hud menjawab. Hud menayangkan senyuman lebarnya kepada Melissa.

"Suka lah jawab main-main macam tu" balas Melissa sambil memuncungkan bibirnya. Tahu sangat dengan perangai Hud yang suka mengenakannya itu. Tak usik orang satu hari, tak senang hidup agaknya.

Hud ketawa kecil lalu merebahkan diri di katil. Tangannya didepa luas.

"Ahhh penatnya drive" keluh Hud.

"Baru drive sikit dah merungut"

"Elok sikit cakap tu. Kau tu apa je buat harini? Membuta je sepanjang perjalanan. Suruh tengok map pun malas" bebel Hud.

"Nyenyenye" ejek Melissa tanpa menghiraukan Hud. Contact lens yang dipakainya dibuka lalu diletakkan ke dalam bekas khas.

Hud memandang Melissa penuh geram.

"Nyenyenye ya? Kau sabar jap" ujar Hud lantas bangkit dari baringnya tadi. Hud meluru ke arah Melissa untuk menangkapnya tetapi Melissa sudah melihat terlebih dahulu aksi Hud itu melalui cermin. Sepantas kilat Melissa berlari masuk ke dalam bilik mandi dan menguncinya rapat.

"Tak dapat tangkap ke tu?" ejek Melissa lagi.

"Kalau aku tangkap, habislah kau" balas Hud sambil tersenyum penuh makna.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now