BAB 25

17.5K 1K 25
                                    

***

Hud turun ke tingkat bawah ketika jam sudah menunjukkan pukul 10

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hud turun ke tingkat bawah ketika jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Semalam dia tidur lewat kerana sibuk menyiapkan kerja. Kipas dan televisyen sedang terpasang ketika dia turun ke tingkat bawah. Melissa di mana?

Hud menekan punat off pada alat kawalan jauh. Langkahnya diatur menuju ke arah dapur.

Dari muka pintu dapur, dia sudah dapat melihat Melissa yang sedang sibuk mengemop lantai. Jarang-jarang berlaku ya.

Hud berdehem. Melissa menoleh tatkala mendengar deheman Hud. Senyuman ringkas diberi oleh Melissa.

"Mimpi apa semalam? Buang tebiat ke tiba-tiba mop lantai pula ni" sengaja Hud menyindir Melissa.

"Nak harapkan awak, lambat lagi. Baik saya mop sendiri" ujar Melissa. Sindiran tadi dibalas semula.

Hud hanya bersandar pada peti sejuk sambil memerhatikan Melissa yang sedang mengemop lantai itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Babygirl, kau lama lagi ke?" soal Hud.

Melissa mengangguk.

Hud mendekati Melissa. Rambut Melissa yang dibiarkan lepas itu dibawa ke belakang lalu Hud mengikat rambut Melissa itu dengan kemas menggunakan getah rambut pada pergelangan tangan Melissa.

"Dah kenapa?" soal Melissa hairan.

"Aku confuse mana satu mop mana satu rambut kau. Sama je dua-dua. Sebab tu aku ikat tu" ujar Hud. Melissa menjeling Hud.

Ada hati hendak mengutuknya. Mentang-mentang Melissa belum mandi lagi, disamakan rambut Melissa dengan rambut mop?.

Mahu sahaja dia mengetuk kepala Hud dengan batang mop pada tangannya ini.

"Meh la aku tolong. Cepat sikit siap" kata Hud sambil cuba merampas mop pada tangan Melissa.

Melissa memegang batang mop pada tangannya kuat.

"Ish, tak payah la. Saya boleh buat sendiri. Awak pergi je lah tengok tv kat depan sana" halau Melissa.

"Ish, aku ni gentleman. Takkan lah aku biar kau buat semua benda ni sendiri. Bak sini" sekali lagi dia cuba menarik batang mop itu dari Melissa.

Cuma kali ini, Melissa langsung melepaskan mop tersebut sehingga Hud terdorong ke belakang sewaktu menarik mop itu. Hud menggosok punggungnya yang sedikit sakit itu.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now